Isnin, 30 November 2009

NOSTALGIA - Pengorbanan .....HIJRAH utk ISLAH






Pengalaman dialami...dengan melupakan kerjaya, untuk menJadi suri rumahtangga sepenuh masa, banyak membantu dalam melegakan tekanan di tempat kerja. Sekembali bertugas semula, membugar motivasi diri untuk berkerjaya lebih cemerlang. Pengorbanan dengan kehilangan pendapatan bukanlah isu utama...tetapi yang penting hikmah yang didapati disebalik yang tersurat dan tersirat. Masa yang dilalui amat berharga..tidak boleh dibayar dengan segunung emas!!Memang Hijrah itu ISLAH...masa untuk menambahbaik kualiti insan dalam perjalanan jauh untuk menuju ke destinasi abadi. Ruang, peluang dan kesempatan untuk bermulanya pencarian HIDAYAH ISLAM. Semoga hidayah itu terus tercurah kepada insan kerdil ini...KEPADA ENGKAU SAHAJA KUABDIKAN DIRI DAN MOHON PERTOLONGAN....TUNJUKILAH AKU JALAN YANG LURUS.

Selasa, 24 November 2009

Puasa pada 9 Zulhijjah


Re: Puasa Sunat di Bulan Dzulhijjah
« Jawab #1 pada: 04 December, 2008, 01:11:57 AM »
Soalan; apakah kelebihan berpuasa dalam bulan Zulhijjah? Apa pula kelebihan puasa hari Arafah?

Jawapan;Dari Hafsah r.a. menceritakan;أربع لم يكن يدعهن رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم صيام عاشوراء والعشر وثلاثة أيام من كل شهر والركعتين قبل الغداة
“Empat amalan yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa al-‘ashyr (yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah), puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, at-Thabrani dan an-Nasai)Maksud al-‘Ashyr dalam hadis di atas ialah hari pertama Dzulhijjah hingga hari ke sembilannya. Disunatkan puasa pada hari-hari tersebut terutamaya pada hari ke sembilan iaitu hari Arafah. Malah terdapat hadis lain yang menegaskan bahawa sepuluh hari awal Dzulhijjah adalah hari-hari paling baik untuk beramal dengan apa sahaja amal kebaikan, tidak tertumpu kepada puasa sahaja, iaitu sabda Rasulullah s.a.w.;

ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى اللَّه من هذه الأيام:يعني أيام عشر ذي الحجة
“Tidak ada hari-hari di mana mengejakan amal soleh padanya paling disukai oleh Allah dari hari-hari ini; yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah”. (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Pengembangan keluarga -- melalui ikatan perkahwinan



Musim cuti..hujung tahun, walaupun curahan hujan berlaku di seluruh kawasan, Alhamdulillah, majlis walimatul urus yang dirancang, tetap dilaksanakan biiznillah. Memenuhi undangan walimatul urus..perkara wajib dalam takwim harian yang perlu ditunaikan. Inikan pula perkahwinan anak saudara sendiri ...Anakanda Muhammad Hanan dengan pasangan pilihannya Dr Wan Salasiah. Semoga ikatan perkahwinan anakanda diberkati, mendapat petunjuk, rahmat dan rahim Allah SWT dunia dan akhirat.



Banyak hikmah menghadiri majlis keramaian, selain menjalin ikatan kekeluargaan yang lebih intim, juga berkenalan dan menjalin silaturrahim dengan ramai tetamu yang sebelum ini tidak kenali. Kekadang pertemuan tidak diduga dengan kenalan lama dan baru di majlis tersebut, dapat mengimbau nostalgia sejarah lama, di samping dapat merapatkan semula jalinan perkenalan yang hampir terputus.

Sabtu, 14 November 2009

Usrah



Bagaimana Anda Selepas Usrah?
Monday, 26 October 2009 18:39

Bila kita sama-sama melabuhkan tirai-Oleh: Hussaini

"Usrah itu dimulakan dengan Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr. Diakhiri dengan Surah al-Fatihah"

Begitulah tarbiyyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.

Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian,

Tarbiyyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna.

Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini...

Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:

"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."

Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.

Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.

"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".

Kataku,

"Benar dan salah". Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata. Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu.

Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:

Apa yang ingin dibincangkan dalam usrah,
ya akhi?

"Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadanya seorang rasul, (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu (Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)" (Al-Baqarah 2: 151)

Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai
?

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."(Al-Baqarah 2: 152)

Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah 2: 153)

Naqib itu Ubiquitous?


Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu, dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.

Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.

Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lancsung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.

Sang Murobbi seharusnya menjadi umpama bakteria yang ubiquitous, berada di mana-mana sahaja. Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan-permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.

Mad'u masih lagi Anonymous bagimu?

Artikel ini di sumbangkan oleh Hussaini yang mana penulis merupakan seorang penggiat dakwah di lapangan. Penulis juga merupakan salah seorang daripada ahli KONSIS Network, JIM dan beberapa institusi dakwah.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Guess........APA JADI???















Kalau padi, katakan padi
Tidaklah saya tertampi-tampi
Kalau jadi katakan jadi
tidaklah saya ternanti-nanti















Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita tumpang mandi
Kalau orang datang meminang
InsyaAllah jadi ikatan abadi??????

Ahad, 25 Oktober 2009

Nostalgia ....MUNGKINKAH BERAYA seperti ni berpindah lokasi??hakikat kemuliaan.




25 October 2009 TAZKIRAH HARI JADI

Kemuliaan sebenarnya bukannya datang dari pujian dan sanjungan tetapi kemuliaan itu adalah anugErah Allah yang sangat tinggi kepada sesiapa yang dikehendaki. Jika manusia itu dimuliakan oleh orang ramai belum tentu lagi kemuliaan itu bersifat kekal dan abadi mungkin kerana hartanya,pengaruhnya maupun kerana takutkan kuasanya sahaja. Jika kita berusaha untuk mencari kemuliaan makhluk maka yang akan kita perolehi sebenar ialah sebuah kepura-puraan.
Kemuliaan itu hanya berlaku apabila kita melepaskan segala-galanyanya bagi mencari “redha” Allah dengan tidak lagi mengharap pujian dari orang yang memuji. Siapa jua boleh menilai kita samada kita orang cemerlang atau pun kecundang tetapi penilaian dari mata manusia ternyata sangat lemah dan berubah-ubah dari masa kesemasa. Mungkin hari ini kita di anggap berjaya tetapi esok pula kita dianggap gagal dan sebaliknya.

Paling mudah untuk kita fahami bahawa kemuliaan itu datang dari sumber yang satu iaitu dari Allah. Allah boleh memberikan kemuliaan dan kehinaan kepada siapa yang dia kehendaki dan hanya Allah sahaja yang mengetahui kenapa terjadinya demikian. Kita sudah tentulah berdoa terus agar Allah memandang kita dalam pandangan rahmatnya dan sekali-kali jangan berputus asa dengannya. PETIKAN DRP JawiHerbShop Pada 10/25/2009 08:22:00 AM





Beginilah cerianya berkeluarga besar...tambahan syukur pula jika ayah dan bonda masih dipinjamkan usia dan kesihatan sehingga kini...alhamdulillah. Aku sebagai anak yang tertua dengan mempunyai anak dan cucu yang tidaklah seramai ibu..dapat membikin suasana raya semeriah raya di rumah INDUK diCenor tu? wallah hu a'lam, Tiada lain yang diingat dan difokus kini,, sedaya upaya untuk meningkatkan kualiti diri menjadi HAMBAMU dan TETAMU di alam ABADI.. Ya Allah! Tunjukkilah Daku Jalan yang lurus!!!

Khamis, 22 Oktober 2009

BERBAHAGIA bersama CUCUNDA


Semoga semua anak-anakku - menemui dan berada di jalanMU yang lurus.

FATEH yang KELETAH

u

Okt 2009 Sikecil comel ni baru berusia 2 tahun tapi boleh tiru apa sahaja aksi orang yang dilihatnya. Boleh bergaya di depan siapa sahaja.



Dah boleh baca ABC, malah dah kenal huruf..boleh menyanyi,mengaji, boleh menari juga.



Sikecil tetap sikecil..boleh meragam, merengek ...yang penting perlu dipandu dan diacu dengan acuan yang syarie...memandu hidupnya ke arah yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.

Selasa, 15 September 2009

Amat Mudah bersedekah ...hanya dengan ucapan

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍ ﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ / Salam sejahtera

Kubur itu gelap , cahayanya ialah Laa Ilaaha illAlLah .
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,
pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illAlLah ' ini .

Rasulullah saw. bersabda ( mafhumnya ):
" Wahai manusia ! Ucaplah ' Laa ilaahaillalLah' , kamu pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini : " Laa ilaaha illallah !" x 10

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali,
fowardkan kepada sekurang - kurangnya 10 orang rakan-rakan anda .
Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan,
hanya untuk usaha kita yang sedikit ini
Laa ilaaha illalLah !

Sekian terima kasih
Wassalam.

Jumaat, 11 September 2009

Khamis, 10 September 2009

MEMBURu LAILATUL QADAR


Idaman lelaki lelabah ini untuk menguasai kemuncak menara ini akhirnya tercapai, setelah beberapa kali perubaan beliau gagal di samping kawalan ketat. Didorong oleh keazaman dan kesungguhan yang begitu tinggi akhirnya beliau mencapai kepuasan sendiri dengan berjaya menawannya. Denda memanjat menara tanpa kebenaran dengan kompaun 2 ribu ringgit adalah tiada apa-apa kerugian bagi beliau.....yang penting idaman tercapai, kepuasan dikecapi!!!

Ramadhan Karim alMubarak dengan janji pasti hadiah lailatul qadar...adakah kita tiada idaman dan kesungguhan untuk mencapaianya??. Alhamdulillah kita telah diberi kesempatan 20 hari untuk melaksanakan ibadah puasa dengan pelbagai ganjaran
berganda dengan segala amal ibadah yang dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah.10 hari lagi masa diberi jika umur masih diberi nikmat kepada kita. Sudah pasti, hadiah pasti ini daripada Allah dan PASTI untuk mereka yang terpilih dan disukaiNYA sahaja untuk menerima ganjaran tersebut. Macamana untuk menjadi orang istimewa dan terpilih untuk menggapai hadiah tersebut, jika kita insan biasa, tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapainya??

Selasa, 25 Ogos 2009

CHARITY OF CHOICE



'Your generosity has enabled us to assist millions of people around the world
your continuous support has saved the lives of thaousands of orphans
your sympathy has eased the suffering of hundreds of thousands of natural disaster survivors,
your thoughtfulness has helped millions to get back on theirfeet'

itulah antara ungkapan yang mengajak insan perihatin untuk beramal jariah dalam bulan Ramadhan..pahalanya berganda InsyaAllah.
Terlalu banyak yang berkehendak dan merayu mohon bantuan,,,daripada kerabat, sahabat mahupun yang jauh.. Bagi yang kurang kemampuan, berinfak kepada yang terdekat, sudah tentulah lebih afdhal.

Isnin, 24 Ogos 2009

ILMI nak Periksa Lagi- PERLU Doa restu

Mesej dari Jordan...nak periksa besar pada 25, 26 dan 29 Ogos. Periksa dalam Bulan Ramadhan 1430H, walaupun berpuasa banyak hikmahnya, Allah janjikan bulan barakah yang mulia. Allah beri paha berganda, Allah kabulkan doa dan hajat yang dipohon. Oleh itu doa sendiri adalah lebih baik, di samping itu, kami ibu bapa sentiasa berdoa agar anak-anak, saudara mara yang lain berjaya di dunia dan akhirat. Tahniah dan syabas untuk YIN yang telah berjaya lulus dalam pepriksaan MRCP2 nya...Alhamdulillah.

"Ya Allah, terangilah cahaya pada hati Nadhrah dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepadanya dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.
Ya Allah, Keluarkanlah ia daripada kesamaran dan muliakanlah dia dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepadanya pintu-pintu ilmu, dan hiasilah dia dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah dia daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda"

Jumaat, 21 Ogos 2009

KUTEMUI jua RAMADHAN kali ini


Alhamdulillah hari pertama Ramadhan 1430H dapat kulalui lagi ..syukurnya. Semoga Allah memberikan lagi nikmat usia padaku, untuk kucuba menafaatkan sebaik-baiknya bulan yang barakah, bulan yang mulia ini. Ucapan Ramadhan telah banyak diterima berbanding sebelum ini....nampaknya, kebanyakan mereka di luar sana telah mengerti, bahawa sambutan Ramadhan, mestilah diutamakan berbanding sambutan Aidul Fitri,
Sehari lagi Nafas jadi tasbih
Sehari lagi tidur jadi ibadah
Sehari lagi doa-doa ini diijabah
tapi...itu semua tidak akan terjadi
tanpa MAAF tulus dari hati,
oleh itu izinkan kedua tangan tertangkup
memohon maaf untuk lisan yang terlanjur
janji yang terabai,
hati yang berprasangka serta
semua sikap yang menyakitkan.
Andai semua harta itu racun, maka zakat penawarnya,
Jika seumur hidup adalah dosa
Maka taqwa dan taubat penghapusnya,
Jika seluruh bulan adalah Noda,
Maka Ramadhanlah pemutihnya,
Bersama mentarbiyah diri dalam Madrasah Ramadhan kali ini.

Rabu, 19 Ogos 2009

Kenalan Baru - Pn Nasibah



Projek "ZAKATON" Kempen mengumpul Dana Pembangunan SRIAB masih nil??? Siapalah yang boleh membantu kempen ini. Edaran yang disediakan berhubung perkara itu diedarkan kepada ibu bapa semasa Kursus Keibubapaan pada 18 Julai lalu, tinggal tanpa tindakan susulan. Tiada respon daripada yang mendapat pamplet tersebut, kecuali seorang yang memberitahuku bahawa ia telah bank in kan wang zakatnya.
Di sekolah, sekeping brosur pun tiada, inikan pula nak tolong edarkan..apabila tiada yang beranisiatif, dan tiada yang proaktif, maka kempen hanya tinggal kenangan. Itulah hakikatnya, nampaknya tuntutan untukku menjadi tulang belakang untuk menggerakkan kempen ini, terpaksa kugagahi.
Alhamdulillah, Hari ini aku memulakan langkah. Hanya beberapa minit berbual melalui telefon, kutemui puan Nasibah yang begitu mesra di rumah banglownya yang tersergam indah di puncak bukit. Syukurku kepada Allah memudahkan perjalananku walaupun bersendirian. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan ilham untuk menyediakan paper work yang boleh meyakinkan penderma. Semoga kenalan baru ini dapat menghubungkanku dengan dermawan berjiwa murni dan tulus InsyaAllah.

"Seseorang itu tidak boleh berasakan dirinya lebih hebat dan pandai daripada orang lain, sebaliknya perlu saling menghargai antara satu sama lain. Ini kerana pada akhirnya, apabila menilai semula diri sendiri seseorang itu akan mendapati dirinya tiada apa-apa berbanding dengan kuasa Allah."

Sabtu, 15 Ogos 2009

Haiwan pelik


•Muncung mole berhidung bintang ini mempunyai 22 sesungut yang digunakan untuk mengenal pasti makanan menerusi sentuhan. Ia sering ditemui di Amerika Utara dan tinggal di kawasan tanah rendah lembap serta memakan haiwan tanpa tulang belakang, unggas, cacing dan lintah.
•Babi laut tinggal di atas atau di bawah dasar laut dan memakan lumpur lantai laut. Saintis masih belum mengkaji bagaimana haiwan ini boleh hidup jauh di dasar laut.
•Penyu putih yang warna krimnya bergabung dengan sedikit warna merah jambu, terkenal dalam budaya masyarakat Cina. Satu karektor dalam kesusasteraan Cina - Journey To The West - berubah menjadi haiwan ini kerana perbuatan jahatnya.
•Axolotl daripada keluarga amfibia yang berasal dari tasik di Mexico City. Ia banyak digunakan dalam kajian saintifik kerana keupayaan hampir semua anggota badannya untuk tumbuh semula.

DOA RESTU untuk ILMI



Menghampiri waktu zohor tadi...di pondok yang hening ni,sempatku bermunajat kepadaMU ya Allah, khas untuk ILMI Nadhrah yang baru memulakan peperiksaanya. Kupanjangkan doa restuku kepadanya dengan izinMU.Ku sentiasa bayangkan dia di depan mataku sedang menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan mudah dan tawaduk.
"Ya Allah, terangilah cahaya pada hati Nadhrah dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepadanya dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.
Ya Allah, Keluarkanlah ia daripada kesamaran dan muliakanlah dia dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepadanya pintu-pintu ilmu, dan hiasilah dia dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah dia daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda"

MAIN pondok-pondok jadi REALITI


Di Kampung Sungai Kembong Rinching Hilir, Kajang ada sebuah hutan terpencil yang telah diterokai, jadi sebuah dusunlah katanya. Di situ, kononnya didirikanlah sebuah pondok berukuran 14x20kaki...dah tua baru nak main-main pondok betul-betul. Dulu masa kecil tak ada kesempatan nak main pondok-pondok, maklumlah kakak yang paling sulung mana boleh nak main tu semua, kena tolong buat kerja rumahlah, Bagi peluang kepada adik-adik yang lain untuk main. Kebuntu dah banyak pokok-pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, cempedak, manggis, jambu dan lain-lain. Mohlah sesiapa yang rasa nak main pondok betul-betul. Banyak pokok,tempat nak main sorok-sorok. Musim buah, boleh makan-makan buah-buah yang ada.

Oleh kerana kebuntu luasnya kira-kira satu ekar, sukar juga nak main pondok-pondok dan nak main kebun-kebun, jadi terpaksalah buat pondok betul-betul. Atap merah metadec, dinding dan lantai hanya lepakan simen biasa.Kos keselurohan mencecah 10K juga...Alhamdulillah

Nak main pondok-pondok, mesti ada heronya. Nah tengoklah herotu,...siap bergaya dengan topi, boot getah, parang panjang, dan yang dipegangtu tali besikot, nak betulkan pagar yang dicerobohi oleh pelakon-pelakon tambahan..gerombolan kambing sekandang yang dilepaskan oleh tuannya supaya cari makan sendiri.

Dah ada hero, mesti ada heroin....tengoklah siheroin tu,posing sakan. Kalau hero nak bermain dengan pelakon tambahan kambing-kambing, siheroin pula kena cari idea nak berlakon bersama-sama burung-burung,babi hutan dan pengganas lain terutama waktu sunyi atau malam hari. Wah buat satu lagi watak jadi-jadian..pepatong. Nak takutkan watak yang tidak ada otak.

Peralatan nak main pondok-pondok dan kebun-kebun ni, memang perlu banyak. Tak ada pula tempat nak storkan, terpaksa bawa masok dalam pondok. Letak di luar, takut kena kebas oleh pelakon-pelakon yang tiada otak.Sayangnya pepatong yang ditugas jadi pengawaltu, tak boleh nak buat apa-apa?

Penat main pondok dan kebun-kebun, terpaksa berehat dalam pondok. Nasib baik dalam pondok tu ada tempat lepas hajat.Tangki tadahan air di luar membekalkan air ke dalam tong di dalam..hai terpaksa guna kaedah sedutan untuk mengalirkan air dari tangki ke tong. Boleh guna untuk mandi-manda.

Dalam pondok adatempat untuk makan-makan, untuk solat, untuk berdiskusi....tengok tu boleh bawa radio pulaktu..hanya pakai bateri aje..nak cari idea bagaimana nak pakai mini panel solar. Sesiapa nak jadi pelakon tambahan jadi mekanik bikin bekalan elektrik.

Kalau ada panel solartu...wah memang best untuk menjana minda, membaca, menulis, buat blog dsbnya. Namun begitu, pondok yang dibina di tempat tinggi,memang laluan angin sepoi, rimbunan pepohon hijau memang begitu damai dan harmoni. Nyaman, tenang dan cool saje.

Nak makan,wah dapur pun ada? bawa aje mini tong gastu,bolehlah main masak-masak pula..memang best untuk berehlah atau berehat.

Sabtu, 8 Ogos 2009

CELEBRATION of COLOURS






FLORIA 2009 iaitu ‘Kemeriahan Warna' atau Celebration of Colours dapat memupuk dan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada keindahan flora dan fauna dan kemeriahan pelbagai warna bunga dan tumbuhan. Natijahnya juga akan membudayakan aktiviti landskap dan perkebunan sebagai satu gaya hidup sihat dan sejahtera.
Bentuk taman dan good gardening practice... meyegarkan pandangan.Alhamdulillah

Rabu, 5 Ogos 2009

Amalan Doa --elak wabak



JUGA DOA INI:

"Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan. Aku berpegang teguh kepada Tuhan yang menguasai alam nyata dan tidak nyata. Aku bertawakkal kepada tuhan yang hidup selama-lamaynya. Semoga Engkau ya Allah hindari kami dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas sesuatu".

Apa sahaja yang berlaku, di mana-mana adalah dari ketentuan Allah SWT. Ia adalah ujian, atau bala yang memberi peringatan kepada manusia yang semakin lupa, akan tujuan hidup kita, di dunia fana ini.. Sejauhmana kita memenuhi tuntutan untuk menjadi HambaAllah sejati?, sejauhmana pula kita berperanan sebagai Khalifah Allah yang lestari?, sejauhmana pula kita berperanan membantu menegakkan agama/syariat Allah di permukaan bumi ini. Bagaimana pula peranan kita dalam amal makruf nahi mungkar dan berjihad ke jalan Allah ???. Manusia lupa akan adanya hidup abadi selepas mati. Sejauhmanakah persediaan kita membawa bekalan untuk mengembara menuju destinasi abadi?? Bersamalah kita berusaha untuk meningkatkan kualiti diri kita sebagai Hamba Allah. Semoga dipanjangkan umur kita untuk memasuki madrasah Ramadhan Al Mubarak 1430H ini... membersihkan hati dan roh ini.

Ahad, 2 Ogos 2009

Perkongsian Amalan Harian


Do not pump full tank of petrol

Many of us are not aware that the petrol kiosk pump has a return pipe-line (in Pink). When the petrol tank (in the car) reaches full level, there is a mechanism to trigger off the pump latch and at the same time a return-valve is opened (at the top of the pump station) to allow excess petrol to flow back into the sump. But the return petrol has already pass through the meter, meaning you are donating the petrol back to SHELL/CALTEX/MOBIL/ PETRONAS

Rabu, 29 Julai 2009

Doa Khas untuk Elliyyin.....yg kini sedang menghadapi peperiksaan MRCP2
















Doa memohon kejayaan di dalam peperiksaan











Talian Hayat dan hubungan roh sentiasa bersamamu Yin, dapat gambarkan keadaanmu, di dewan peperiksaan..ini doa khas untukmu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji-pujianbagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami khususnya Elliyyin yang kini sedang menghadapi peperiksaan dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.

Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.

Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta�wil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.

Ya Allah, terangilah cahaya pada hati Elliyyin dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepadanya dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Ya Allah, Keluarkanlah ia daripada kesamaran dan muliakanlah dia dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepadanya pintu-pintu ilmu, dan hiasilah dia dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah dia daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Isnin, 27 Julai 2009

Sekadar ingatan kedua..ramalan..pastikan Hanya Allah Yang Mengetahui


Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... ..cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".