Jumaat, 20 Mei 2011
IKRaR guru tadika Khalifah Bestari
Seorang guru, mendidik di mana sahaja
Setia bekerja, bukan ganjaran upah mewah
tanpa harap jenama gelar dan anugerah
pasti relaannya melaksana amanah
memberi ilmu tanpa jemu
tak kira masa, tenaga dan waktu
pencorak kehidupan penyambung dakwah
melangkah jauh terasa nyata
visi mendatang mudah terlaksana.
menjana citra seorang wira
dari huruf menjadi kata
dari jahil menjadi bijaksana
dari putih menjadi warna
Di saat buntu, dikaulah pembantu
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
Duhai guru-guru yang dikasihi
Terimalah kasih dan sayang kami
Lantaran berbudi tidak berperi
Untuk satu perjuangan hakiki
Natijah bernas dalil, jadi hujah
Anak didikmua, kini mampu berdikari.
Terima kasih guru
jasamu dikenang selalu
biarpun telah beranak berpinak bercucu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan