Isnin, 30 Mac 2009

FORUM KELUARGA ...NILAI RUMAH

cuba beri pendapat dan pandangan agak-agak nilai rumah Indera Mahkota berapa NILAINYA SEKARANG????

1. tahun 1995 beli tanah tapak rumah14,000 kaki persegi = RM 82,000.00
2. tahun 1997 bina rumah dengan kos berikut=

a.Pinjaman RM 120,000 + pembayaran 10 tahun RM 193,079.72
b.Tambahan kos bina (drp) KWSP RM 50,000.00
c.Insuran perlu bayar -Syarat kerajaan RM 7,000.00
d.Kos Arkitek RM 4,500.00
e.Kos Guaman -Kontraktor & Kerajaan RM 2,500.00
f.Tembok batu RM 20,000.00
g.Timbun Tanah keliling RM 6,000.00
h.Runcit - grill @pengurusan RM 8,000.00

JUMLAH RM 291,079.72

JUMLAH BESAR - KIRA-KIRA RM 373,079.72

Ahad, 29 Mac 2009

PUSPAWASIH -- BANYAKNYA TENAGA YANG MEMBANTU


































3D HPA

D'TORK - UNTUK MENGHILANGKAN RACUN
D'KARM - SEBAGAI PENGIMBANG TEKANAN ANGIN
D'HEAT - SEBAGAI PENGIMBANG SUHU BADAN

'Biarkan makanan menjadi ubatmu dan
Biarkan ubat menjadi makananmu

Isnin, 23 Mac 2009

wanita solehah



Wanita Solehah…
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak
permata yang menyeri alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam
ilmu serta pandai dari segala aspek ,

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita
hanya kerana kecantikannya ,

Bersyukurlah atas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Khamis, 19 Mac 2009

Indahnya ciptaan di air...SUBHANALLAH










Tenang-tenang air di laut,
Sampan koleh mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang korek kundi,
Yang merah saga;
yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga Cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Padang Temu Padang Baiduri,
Tempat raja membangun kota;
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.

Celoteh



1). “Kebocoran yang kecil boleh menenggelamkan kapal yang besar”

2). “Ketika ditimpa bencana, kita akan mengetahui yang mana satu kawan dan yang mana satu lawan”

3). Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal
4). Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
5). Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri
6). Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain

(SUMBER : PELBAGAI) 1

Isnin, 16 Mac 2009

Memori abadi - foto bersemi di KK








Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik gagah berdiri
Mari bercuti di Malaysia indah
Nikmati kecantikan tempat sendiri

Sayuran @ buah-buahan di pasar Kundasang --kaki KINABALU










Pak Ali pergi ke Kelantan,
Pergi dengan Pak Pandak;
Belilah buah-buahan tempatan,
Ianya lebih segar dan enak.

Budak-budak bermain bunga api,
Bermain riang di pinggir hutan;
Buah-buahan tempatan mudah didapati,
Harganya murah dan berpatutan.

Pagi Ahad ke Batu Feringgi,
Pergi berkelah di tepi denai;
Buah-buahan tempatan bermutu tinggi,
Dijauhi bahan awet dan kimia.


Warna-warni sayuran

Beta-karotene adalah sejenis karotenoid yang menyebabkan lobak merah jingga. Ia banyak dijumpai di dalam makanan berwarna jingga. Badan kita mampu menukar beta-karotene kepada Vitamin A jika diperlukan.

Beta-karotene bertindak sebagai agen anti-oksidan yang membantu melindungi badan kita dari kebanyakan jenis kanser dan penyakit jantung, bahkan ia juga mampu memperlahankan kemaraan penyakit-penyakit mata seperti katarak dan macular degeneration atau kemerosotan macular dari merebak. Lobak, buah labu, mempelam dan buah aprikot adalah sebahagian contoh kumpulan makanan berwarna jingga.

Selain daripada mengandungi beta-koratene, kumpulan makanan berwarna jingga ini mengandungi vitamin dan mineral lain yang memainkan peranan dalam mempertingkatkan tahap kesihatan kita. Sebagai contoh, buah labu merupakan sumber Vitamin B6. Selain itu sahaja, sayur-sayuran hijau seperti bayam mengandungi beta-karotene. Warna jingga beta-karotene dilitupi oleh warna hijau klorofil