Isnin, 29 Jun 2009

LIKU-LIKU AMAL SUMBANGSIH


Saban siang yang mencabar,
berusaha tanpa jemu dan lelah
Kulerai belenggu nafsu memancar kilauan mujahadah
Saban malam yang panjang,
bertafakur di sunyi ruang
Kuintai jendela sufiah
mencari sinar hidayah
Saban waktu yang berlalu bersyukur ke hadrat-Mu
Kucantas sulur mazmumah menyerlah pucuk keinsafan

Bukti kesungguhan, keinsafan dan Keagungan-MU
Bersama sebeban kesulitan diikat rapi di belakang usia
Menggalas tanggungjawab dan pengorbanan di pentas realiti,
Mengharap ehsan insan untuk mengerti dan berkongsi

Awalnya sukar dan mengah
umpama mengumpul embun sebelum terbit matahari.
umpama menghitung helai daun pada pohon yang rimbun.
umpama pencarian sebutir mutiara dalam lautan yang dalam.
umpama mendaki gunung setinggi langit.

Natijah keberhasilan, kita melutut kesyukuran,
terserlah kedhaifan, kita abdikan diri mencari restu & redha Ilahi
Kita tenggelamkan keegoan, menyerlahkan keikhlasan
Cantas wajah suram, ganti seri cahaya memancar indah menghias,

Menghimpun tanggungjawab, kebersamaan dan permuafakatan,
Bersama melaksana amanah yang perlu ditunaikan.
Menggalas halatuju bersama,
mendidik generasi Rabbani
Hanya Allah Rabbul Alamin Maha Mengetahui & Memberi

Isnin, 22 Jun 2009

Pencarian ILMU sepanjang HAYAT



HPA menawarkan pelbagai pendedahan tentang rahsia alam, begitu juga pelbagai cara pengubatan atau penyebuhan mengikut Al Quran dan As sunah. Manafaatkan hidup untuk hidup sihat, segar dan sejahtera untuk membantu diri jadi Khalifah dibumi.

Program Bijak Memilih - di PUSPAWASIH



Pertama kali memberi taklimat kepada muslimat...potensi pengguna produk HPA di Intan Puspawasih pada April 2009, Kini Baru Hampir dua bulan Puspawasih bergerak dengan bertatih. Semoga Puspawasih dapat terus subur berkembang...usahawn baru, baru mula bertatih. Semoga Ali-Intan sabar menyahut cabaran, perlu berusaha gigih untuk memperkembangkan Puspawasih

Sabtu, 20 Jun 2009

Sayuran Hijau yang boleh ditanam












































































Berjamu enak silauk ikan
Sambil raikan hari kebesaran
Yang berlemak elok jauhkan
Banyaklah makan sayur-sayuran

Sambil raikan hari kebesaran
Mendengar ucapan satu kemenangan
Banyaklah makan sayur-sayuran
Sihatlah badan membawa ketenangan

herba TAMAN
















Serai, rempahan kari @ kurma
Halia ramauan masakan beraroma
Pandan mewangi menusuk sukma
Kunyit, berwarna @ mengubat selsema

Isnin, 15 Jun 2009

herba -HERBA dlm HTA




Selain teja lawang dalam HTA,ialah akar herba mengkudu yang berkesan untuk merawat sakit kepala, jantung, darah tinggi dll.





Batang/stem dari herba cemumar (micromelum pubescens) pula adalah penolak angin, menyegarkan badan di samping dapat menghilangkan lengoh badan.











Batang/stem dari halban(vitex pubescens) dalam HTA mengandungi antioksidan, meningkatkan imuniti dan ubat batuk.

Ahad, 14 Jun 2009

Teja Lawang, mengkudu,halban @ cemumar dlm HTA



Artikel Berkaitan Herba Tuju Angin Tulisan Tuan Haji Ismail bin Ahmad, Pengarah Urusan HPA, menyatakan pengambilan kalsium khususnya untuk masalah asteoporosis boleh menambah parah keaadaan itu. Ini kerana kalsium yang diambil sukar diserap tanpa bantuan beberapa vitamin dan mineral yang lain. Calsium mestilah diambil bersama magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium yang tinggi juga menyekat penyerapan zink. Oleh sebab itu sumber kalsium yang terbaik adalah daripada tumbuh-tumbuhan terutama pada tumbuh-tumbuhan yang berakar tunjang.

Masalah kehausan tulang dan lendir tidak dapat diatasi dengan tablet kalsium tetapi boleh diatasi dengan Herba Tuju Angin(HTA). HTA mempunyai kalsium, magnesium dan zink dan pelbagai mineral lain yang wujud dalam bentuk mineral surih.

InsyaAllah kenapa kita tidak memberikan kepada ibu-ibu kita dengan HTA?.

Herba Tuju Angin ....menggantikan Tablet Kalsium




Masalah sakit lutut, dikaitkan dengan masalah kehausan tulang dan lendir. Adakah dengan mengambil tablet kalsium dapat membantu, mengatasi masalah kekeringan lendair kepala lutut dan kerapuhan tulang? Ye, sebelum ini mengambil produk kalsium boleh mengatasi masalah tersebut dengan izin Allah.Kesakitan yang dirasai sebelum ini, terutama apabila waktu solat, memang merumitkan. Apabila mengetahui anugerah sumber alam juga dapat membekalkan kalsium, terus menukar gantian kalsium tersebut dengan sumber anugerah Ilahi itu dalam herba TUJU ANGIN HPA. MasyaAllah setelah meninggalkan terus pengambilan tablet yang mengandungi kalsium tersebut dengan HPA, natijahnya juga dapat menghilangkan terus sakit-sakit lutut dan sendi-sendi kaki, ,.Alhamdulillah. Kandungan HTA yang mengandungi teja Lawang (kayu manis),mengkudu, halban dan cemumar memang kaya dengan kandungan-kandungan unsur sebatian yang diperlukan oleh tubuh manusia

BILA TOKMA NAK JADI DOKTOR




















Ada cita-cita terawal dulu nak jadi doktor...nak jadi sangat memandangkan dotor wanita amat berkurangan. Namun cita-cita itu terpaksa dipendamkan kerana kekangan prasarana pembelajaran mata pelajaran berkaitan dengan sains dan metematik, malah mungkin akibat kekurangan diri yang tidak boleh menggapai prestasi keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kini umur melangkah penghunjung senja...cita-cita itu membugar kembali..tak dapat jadi doktor di hospital, jadi pengamal perubatan JAWI yang boleh memberi alternatif pengubatan berdasarkan anugerah alam yang tak terhingga kepada manusia ni pun sudah memberi kepuasan. Pencarian ilmu dengan mengikut kelas-kelas ilmu perubatan JAWI - HPA sekerap mungkin, masyaAllah dapat menyingkap rahsia alam ini. Selepas ini kita akan berkongsi paparan berhubung dengan alam ini...sekadar sebagai nota catatan diri dan memudahkan ingatan apabila ingin mewar-warkan kepada orang lain, khususnya pengguna/pelanggan produk HPA.. Semoga PUSPAWASIH terus berkembang dengan bantuanMU ya Allah. Tunjukkilah kami Hidayah dan gerbang hikmah dan ilmuMU

Sabtu, 6 Jun 2009

TALIAN HAYAT - TELEFON M

06 JUN 2009

Pengetua,
Maahad Tahfiz Negeri Pahang,
27020 Tanjung Lumpur,Kuantan.
Pahang Darul Makmur.
u.p Us. Lafzul bin Muda,Penolong Kanan HEM,

Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh
.

Tuan:

Mohon Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit
.

Semoga surat ini menemui tuan dalam keadaan rahmat dan kasih sayang Allah. Dengan hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas.

2. Terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak terima kasih atas usaha dan tanggung jawab yang begitu dedikasi para guru dan warden dalam membimbing dan mendidik anak saya ...................................... Kami berusyukur kerana anak saya diberi ruang dan peluang untuk mendapatkan pendidikan dan penempatan di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

3. Untuk makluman tuan, kami kedua ibu bapa maklum tentang larangan membawa telefon bimbit ke Maahad/sekolah. Namun begitu bagi kami yang duduk berjauhan dan tidak mampu untuk melawat anak setiap minggu atau sekerap mungkin seperti ibu bapa pelajar yang lain, telefon adalah medium yang paling sesuai untuk digunakan dalam mendekatkan hubungan antara keluarga dan anak mereka yang duduk berjauhan.

4. Kami mengakui, sebagai anak remaja yang sedang membesar, keegoan, meniru orang lain, kenakalan, helah bela diri yang tinggi dan mungkin salah laku yang lain yang kami tidak mengetahui, ada dilakukan oleh MM. Sehubungan dengan itu melaui telefonlah salah satu cara bagi kami untuk menegur, memarahi, menasihati, memotivasi malah mendenda beliau. Terima kasih juga kepada semua warden dan guru yang mendidik anak-anak didik, khususnya anak kami dalam membina syahsiah yang cemerlang di samping curahan ilmu duniawi dan ukhrawi yang berterusan.

5. Memandangkan beliau akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini, InsyaAllah, talian penghubung utama, untuk kami memantau beliau adalah melalui telefon. Kami faham penggunaannya adalah mengikut prosedur dan pada masa-masa terhad dan tertentu supaya tidak mengganggu.

Sekian dimaklumkan, sekali lagi saya memohon agar membenarkan anak kami membawa telefon, dengan penggunaan mematuhi prosedur. Namun begitu, kami pulangkan kepada pihak Maahad, mana yang terbaik, jika dengan adanya telefon itu membawa kemudharatan dan masalah kami akur dengan larangan tersebut. Kami mohon berbanyak-banyak maaf serta kerjasama pihak tuan didahulukan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.