







Pak Ali pergi ke Kelantan,
Pergi dengan Pak Pandak;
Belilah buah-buahan tempatan,
Ianya lebih segar dan enak.
Budak-budak bermain bunga api,
Bermain riang di pinggir hutan;
Buah-buahan tempatan mudah didapati,
Harganya murah dan berpatutan.
Pagi Ahad ke Batu Feringgi,
Pergi berkelah di tepi denai;
Buah-buahan tempatan bermutu tinggi,
Dijauhi bahan awet dan kimia.
Warna-warni sayuran
Beta-karotene adalah sejenis karotenoid yang menyebabkan lobak merah jingga. Ia banyak dijumpai di dalam makanan berwarna jingga. Badan kita mampu menukar beta-karotene kepada Vitamin A jika diperlukan.
Beta-karotene bertindak sebagai agen anti-oksidan yang membantu melindungi badan kita dari kebanyakan jenis kanser dan penyakit jantung, bahkan ia juga mampu memperlahankan kemaraan penyakit-penyakit mata seperti katarak dan macular degeneration atau kemerosotan macular dari merebak. Lobak, buah labu, mempelam dan buah aprikot adalah sebahagian contoh kumpulan makanan berwarna jingga.
Selain daripada mengandungi beta-koratene, kumpulan makanan berwarna jingga ini mengandungi vitamin dan mineral lain yang memainkan peranan dalam mempertingkatkan tahap kesihatan kita. Sebagai contoh, buah labu merupakan sumber Vitamin B6. Selain itu sahaja, sayur-sayuran hijau seperti bayam mengandungi beta-karotene. Warna jingga beta-karotene dilitupi oleh warna hijau klorofil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan