Isnin, 16 Februari 2015

MENGIKIS SEHINGGA HABIS...OH Bibik

Kali ini derapan jantung sangat kencang. Marah membara terpaksa dibendung,tetapi terkawal, apabila luahan hati luka dapat dikongsi dengan mereka yang dipercayai. Walau marah berang dapat disejukkan dengan air salju, tetapi bekas panasnya madih terasa berbahang. Dua teman rapat, telah laluinya, dilihat dengan mata kepala. Bagaimana konspirasi tanah seberang mengumpan "hantaran pelbagai cara" untuk menundukkan dan yang paling sadis membodohkan majikan. Entah "guna-guna" apa, entah "sihir " apa yang dihantar untuk memerkenakan majikan. Bujukan menggoda, rayuan penuh ayu, senyuman yang menggoda, penampilan yang seksi di hadapan majikan lelaki/suami itulah jeratnya. Lupa dunia, tak ingat susah payah mendirikan rumah tangga, tiadanya sakinah, rahmah dan mawaddah dalam rumah tangga, di situlah bermulanya kehancuran rumah tangga setelah begitu lama bertahta sehingga penghujung usis. Tidak disangka umur di usia senja inilah badai melanda dengan konspirasi perempuan..bibik. Bara dalam sekam yang membakar kedamaian, mengabukan rumah tangga, menceraiberaikan sebuah ikatan. Oh perempuan, panas dan geramku ada batasnya. Reunion semalam, kisah sedih ini berulang didengari oleh mata hati. Begitu sedih, simpati dan empati kepada kawan baik ku ini semasa di bangku sekolah dan universiti. Tidak sangka perkara sama yang dilalui oleh kawan ku di sini, juga dilalui oleh kamu di sana. Suaminya bukan sahaja dikebas, malah dikikis sehabisnya. Berpindah tangan ke seberang apa yang ada. Tunggu jangan kau hanya tinggal sehelai sepinggang, jangan pula jadi pengemis untuk bertahan hidup...sedar..sedarlah.. Sebelum terlambat. Kesian amat kesian. Mari pagar diri dengan pergantungan tuntas dan total kepada Allah yang menjadi pelindung yang hakiki. Kembali kpdNya..wahai diriku, keluargaku, sahabatku, tetaanggaku dan saudara seagamaku.

Tiada ulasan: