Selasa, 15 September 2009

Amat Mudah bersedekah ...hanya dengan ucapan

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍ ﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ / Salam sejahtera

Kubur itu gelap , cahayanya ialah Laa Ilaaha illAlLah .
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,
pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illAlLah ' ini .

Rasulullah saw. bersabda ( mafhumnya ):
" Wahai manusia ! Ucaplah ' Laa ilaahaillalLah' , kamu pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini : " Laa ilaaha illallah !" x 10

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali,
fowardkan kepada sekurang - kurangnya 10 orang rakan-rakan anda .
Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan,
hanya untuk usaha kita yang sedikit ini
Laa ilaaha illalLah !

Sekian terima kasih
Wassalam.

Jumaat, 11 September 2009

Khamis, 10 September 2009

MEMBURu LAILATUL QADAR


Idaman lelaki lelabah ini untuk menguasai kemuncak menara ini akhirnya tercapai, setelah beberapa kali perubaan beliau gagal di samping kawalan ketat. Didorong oleh keazaman dan kesungguhan yang begitu tinggi akhirnya beliau mencapai kepuasan sendiri dengan berjaya menawannya. Denda memanjat menara tanpa kebenaran dengan kompaun 2 ribu ringgit adalah tiada apa-apa kerugian bagi beliau.....yang penting idaman tercapai, kepuasan dikecapi!!!

Ramadhan Karim alMubarak dengan janji pasti hadiah lailatul qadar...adakah kita tiada idaman dan kesungguhan untuk mencapaianya??. Alhamdulillah kita telah diberi kesempatan 20 hari untuk melaksanakan ibadah puasa dengan pelbagai ganjaran
berganda dengan segala amal ibadah yang dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah.10 hari lagi masa diberi jika umur masih diberi nikmat kepada kita. Sudah pasti, hadiah pasti ini daripada Allah dan PASTI untuk mereka yang terpilih dan disukaiNYA sahaja untuk menerima ganjaran tersebut. Macamana untuk menjadi orang istimewa dan terpilih untuk menggapai hadiah tersebut, jika kita insan biasa, tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapainya??

Selasa, 25 Ogos 2009

CHARITY OF CHOICE



'Your generosity has enabled us to assist millions of people around the world
your continuous support has saved the lives of thaousands of orphans
your sympathy has eased the suffering of hundreds of thousands of natural disaster survivors,
your thoughtfulness has helped millions to get back on theirfeet'

itulah antara ungkapan yang mengajak insan perihatin untuk beramal jariah dalam bulan Ramadhan..pahalanya berganda InsyaAllah.
Terlalu banyak yang berkehendak dan merayu mohon bantuan,,,daripada kerabat, sahabat mahupun yang jauh.. Bagi yang kurang kemampuan, berinfak kepada yang terdekat, sudah tentulah lebih afdhal.

Isnin, 24 Ogos 2009

ILMI nak Periksa Lagi- PERLU Doa restu

Mesej dari Jordan...nak periksa besar pada 25, 26 dan 29 Ogos. Periksa dalam Bulan Ramadhan 1430H, walaupun berpuasa banyak hikmahnya, Allah janjikan bulan barakah yang mulia. Allah beri paha berganda, Allah kabulkan doa dan hajat yang dipohon. Oleh itu doa sendiri adalah lebih baik, di samping itu, kami ibu bapa sentiasa berdoa agar anak-anak, saudara mara yang lain berjaya di dunia dan akhirat. Tahniah dan syabas untuk YIN yang telah berjaya lulus dalam pepriksaan MRCP2 nya...Alhamdulillah.

"Ya Allah, terangilah cahaya pada hati Nadhrah dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepadanya dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.
Ya Allah, Keluarkanlah ia daripada kesamaran dan muliakanlah dia dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepadanya pintu-pintu ilmu, dan hiasilah dia dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah dia daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda"

Jumaat, 21 Ogos 2009

KUTEMUI jua RAMADHAN kali ini


Alhamdulillah hari pertama Ramadhan 1430H dapat kulalui lagi ..syukurnya. Semoga Allah memberikan lagi nikmat usia padaku, untuk kucuba menafaatkan sebaik-baiknya bulan yang barakah, bulan yang mulia ini. Ucapan Ramadhan telah banyak diterima berbanding sebelum ini....nampaknya, kebanyakan mereka di luar sana telah mengerti, bahawa sambutan Ramadhan, mestilah diutamakan berbanding sambutan Aidul Fitri,
Sehari lagi Nafas jadi tasbih
Sehari lagi tidur jadi ibadah
Sehari lagi doa-doa ini diijabah
tapi...itu semua tidak akan terjadi
tanpa MAAF tulus dari hati,
oleh itu izinkan kedua tangan tertangkup
memohon maaf untuk lisan yang terlanjur
janji yang terabai,
hati yang berprasangka serta
semua sikap yang menyakitkan.
Andai semua harta itu racun, maka zakat penawarnya,
Jika seumur hidup adalah dosa
Maka taqwa dan taubat penghapusnya,
Jika seluruh bulan adalah Noda,
Maka Ramadhanlah pemutihnya,
Bersama mentarbiyah diri dalam Madrasah Ramadhan kali ini.

Rabu, 19 Ogos 2009

Kenalan Baru - Pn Nasibah



Projek "ZAKATON" Kempen mengumpul Dana Pembangunan SRIAB masih nil??? Siapalah yang boleh membantu kempen ini. Edaran yang disediakan berhubung perkara itu diedarkan kepada ibu bapa semasa Kursus Keibubapaan pada 18 Julai lalu, tinggal tanpa tindakan susulan. Tiada respon daripada yang mendapat pamplet tersebut, kecuali seorang yang memberitahuku bahawa ia telah bank in kan wang zakatnya.
Di sekolah, sekeping brosur pun tiada, inikan pula nak tolong edarkan..apabila tiada yang beranisiatif, dan tiada yang proaktif, maka kempen hanya tinggal kenangan. Itulah hakikatnya, nampaknya tuntutan untukku menjadi tulang belakang untuk menggerakkan kempen ini, terpaksa kugagahi.
Alhamdulillah, Hari ini aku memulakan langkah. Hanya beberapa minit berbual melalui telefon, kutemui puan Nasibah yang begitu mesra di rumah banglownya yang tersergam indah di puncak bukit. Syukurku kepada Allah memudahkan perjalananku walaupun bersendirian. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan ilham untuk menyediakan paper work yang boleh meyakinkan penderma. Semoga kenalan baru ini dapat menghubungkanku dengan dermawan berjiwa murni dan tulus InsyaAllah.

"Seseorang itu tidak boleh berasakan dirinya lebih hebat dan pandai daripada orang lain, sebaliknya perlu saling menghargai antara satu sama lain. Ini kerana pada akhirnya, apabila menilai semula diri sendiri seseorang itu akan mendapati dirinya tiada apa-apa berbanding dengan kuasa Allah."