Khamis, 19 Februari 2009

Membajai diri - Periuk Kera




Periuk kera -- hiasan taman yang unik, nama saintifiknya hepenthes. Buahnya atau bunganya berbentuk periuk lonjong yang ada tudung. Boleh menampung air,...mungkin boleh jadi tempat pembiakan nyamuk. Sebab itu airnya kena buang selalu. Namun begitu, ada kajian menunjukkan airnya boleh melebatkan rambut jika disapu. Periuknya juga boleh memakan dan menghadamkan serangga yang terperangkap di dalamnya, kerana periuk mengandungi bahan kimia yang digelar pepsin..MasyaAllah. Akarnya boleh diasah untuk rawatan sakit mata, cirit birit, gigitan berbisa, batu karang dan darah tinggi.

Periuknya juga boleh dijadikan bungkusan untuk buat ketupat, lemang, masak kukus, goreng sotong, satah dll. Terdapat hampir 120 spesies periuk kera di Malaysia? Pokok yang unik yang boleh cari makan sendiri, tentu mudah untuk hidup subur, namun begitu tanaman hutan ini agak mahal untuk membelinya.

1 ulasan:

Yin berkata...

wow tak sangka ada periuk kera kat rumah tokma