Jumaat, 6 Februari 2009

Pendidikan Anak-anak - dari wasiat Luqman a.s

Luqman mewasiatkan beberpa model pendidikan anak-anak, untuk panduan:

  1. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kemungkaran dan bersabar atas segala musibah yang menimpa.
  2. Mengingati Allah sebanyaknya, Allah mengingati orang yang menginagatiNya.
  3. Jangan mencinta dunia, kerana kita bukan dicipta untuk dunia, Allah tidak mencipta sesuatu pun yang lebih hina daripada dunia.
  4. Jangan gembira dengan kesihatan yg berpanjangan dan sembunyikan kesusahan yg menimpa
  5. Cukuplah dengan yang sedikit dan redha dengan apa yang kita dapat.
  6. Bersahabat dengan orang yang bijaksana
  7. Bercakap dengan ungkapan yang baik, dan duduk bersama-sama ahli zikir
  8. Laksanakan hajat sekadar yang perlu dan elak perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan kita.
  9. Banyak berdiam
  10. Janganlah biarkan haiwan lebih bijak darimu
  11. Manafaatkan apa yang Allah ajar kepadamu.
  12. Renungkan sepandai-pandai manusia ialah mereka yang takut kepada Allah
  13. Sentiasa bertawaduk (rendah diri)
  14. Fahami maksud Hikamah dan jadikalah akhlakmu berhikmah
  15. Jangan menghilangkan harta sendiri tetapi memperbaiki harta orang lain
  16. Elak menolak permintaan orang lain dan terimalah keuzuran mereka.
  17. Yang paling bernilai di sisi Allah ialah AKAL
  18. Selalu bertemu dengan ulama tetapi jangan berbahas dengannya nescaya mereka membenci kita

Tiada ulasan: