Sabtu, 30 Oktober 2010

Hadiah LENOVO pada edun meeladdin Saiddin


Hadiah berharga sumbangan daripada anak-anak ini, merupakan tanda kasih sayang yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Apalah yang ada pada hadiah sebuah lenovo jika ia tidak memberi manfaat. Alat yang berharga yang tidak boleh disimpan di gobok, jadi apa gunanya? Hebat memang ia amat berguna dan bermanafaat. Semoga penyumbangnya juga akan dilimpahi kebajikannya. Apa tidaknya Lenova amat berguna, amat diperlukan dan amat dinantikan-nantikan selama ini.Bukan tidak berupaya untuk mendapatkannya, tetapi berfikir banyak kali, kerana keperluan untuk membeli yang lebih afdhal...

Dalam gruops sebagai moderator dan Setiausaha Lembaga pengelola sekolah, ia merupkan kemudahan untuk berinteraksi dengan cepat, menyampai bahan yang mudah di rumah sahaja. Begitu juga dalam Groups sebagai moderator dan ketua unit AMK -MUsleh/IKram, amat mudah berinteraksi dengan rakan sepasukan seluruh negara. Sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola TKB, ia memberi kemudahan untuk menulis bahan. Sebagai Ketua Unit Kurikulum dan mengumpul Dana Musolla, Lenovo kesayangan menjadi (Alat Bantu Kerja)ABK yang memudahkan. Syukur kepada Allah yang memberikan nikmat, dan kemudahan untuk beramal jariah.

Hadia

Sabtu, 23 Oktober 2010

Al- Fatihah - Nostalgia bermulanya tautan keluarga




Agak lama laman ini dibiarkan tidak terusik, Tautan keluarga yang tidak sampai tiga bulan terjalin, terhenti dengan tiba-tiba, bila panggilan ILAHI mendahului segala-galanya. Rasa tersentap dan terkedu, membuatkan hati ini, luntur untuk membuang masa di depan papa maya ini. Yang pergi tetap pergi,kita pula tidak tahu entah bila akan menuruti "mereka'. yang pasti,kita perlu bersedia menghadapi kematian.Hanya buah tangan Almarhumah menjadi ingatan...Semoga kita berjumpa di syurga!!!

Khamis, 29 Julai 2010

Bila IBU/tokMA lari dari RUMAH edisi 3


Apa yang dirancang, sebaliknya berlaku, menunjukkan betapa kerdil dan ketidakupayaannya kita kerana ketentuan takdir itu hanya di tangan Allah SWT sahaja. Ketentuan yang baik untuk manusia adalah ujian kesyukuran, manakala ketentuan yang kita rasa tidak baik adalah ujian kesabaran. Hidup beragama, berprinsip positif dengan merebut peluang atau memikirkan hikmah atas musibah yang berlaku...menyuntik sebuah kehidupan yang optimis...mudahan-mudahan.
Bermalam atau berada di rumah anak-anak sendiri, menimbulkan rasa simpati dan empati yang tinggi....menimbulkan rasa hati sedih.. sedikit kegusaran yang mungkin menjejaskan proses penyembuhan. Sangkaan atau persepsi untuk tidak menyusahkan anak-anak dalam benak orang tua, mungkin tidak/mungkin ya di kalangan anak-anak. Untuk menjadi cemerlang dalam kepelbagaian tugas dan kerjaya, sudah pasti ada kos melepas yang perlu dibayar dan dihadapi.Mengharapkan semata-mata peranan pembantu rumah khususnya orang asing perlu berwaspada. Tidak munasabah untuk bertawakkal bulat-bulat kepada keadaan. Zahirnya, kecenderungan untuk membantu sudah tentu disukai, namun rasanya kurang wajar...itulah sebabnya lebih baik meninggalkan sahaja situasi itu,, dengan beruzlah di rumah sendiri. Sepanjang perjalanan pulang ....hanya doa keampunan dipohonkan agar kekurangan, kesilapan dan ketidaktahuan ku mendidik anak-anak dahulu diampunkan. Semoga keluarga mereka Sakinah, mawaddah dan rahmah walaupun begitu banyak ujian, dan halangan ang perlu dilalui.

Rabu, 28 Julai 2010

Bila IBU/tokMA lari dari RUMAH??

Alhamdulillah, anak-anak solehah, memahami tanggungjawab mereka untuk membahagiakan ibu bapa..Surah al'Ankabut 29:8 difahami maksudnya "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya......" berita ibu berada di unit emergency tanpa diduga tersibar begitu cepat, sudah pasti, sibapa memberitau,kepada mereka, kerana beliau sendiri....bla,bla,bla..betul juga senikata lagu P RAmli tu..."Kasih ibu membawa ke syurga tetapi kasih bapa, masa berada"??? shh!!!!, jauh pula jadinya nanti...sebab kisah 'luka lama berdarah kembali tu belumhabis lagi ceritanya...ada sedikit prajudis kepada SEGELINTIR lelaki...nauzubillah.
Siibu, semamangnya tak mahu memberi tau EDIFANANIM...mereka amat sibuk, tak mau menyusahkan mereka, dr E yang on call sejak pagi Ahad, baru boleh kembali ke rumah malam Selasa, selepas 36 jam bertugas tentulah beliau amat keletihan,dr Di pula walaupun bukan dalam rotation on call sudah tentulah banyak kerja yang perlu dibuatnya, sementara dr Fa& Na jauh di mata,dr Na (husna) dalam housemanship, mana boleh keluar dan tak mungkin dapat menolong, M pula sedang belajar, biarlah ia tak tau.
Bila berita tersibar, anak-anak solehah, tentulah berusaha untuk merebut 'peluang' berbakti kepada orang tua. Dr E, selepas mendapat maklumbalas dari dr merawat ibunya, sudah tentu menyusun rancangan untuk jemput siibu yang tidak dibenarkan balik sendiri. Bersusah payah dr Di datang menaiki teksi menjengah dan menjemput siibu. Sebelum itu beliau berusaha menghubungi kawannya yg senior di unit orthopodix untuk membantu siibu yang bersendirian.Begitu syahdu siibu dengan pengorbanan anak-anak. Banyak hujah bela diri diutarakan kepada D supaya hantar sahaja mama ke sungai.Jawapan penuh berhikmah dengan kesantunan yang tinggi tentang kewajipan anak-anak terhadapan ibu bapa, meruntun syahdu dengan genangan air mata, tentang kedaifan sendiri dalam menyantuni dan berbakti kepada ibu bapa sendiri yang masih diberi pinjam "USIA" Alhamdulillah....bersambung

Selasa, 27 Julai 2010

Bila IBU/tokMA lari dari RUMAH??


Catatan ini, mungkin tak dipaparkan jika IBUtu sebenarnya tidak melarikan dirinya dari rumah!!Hei, biar betul!!! selalunya yang bayak kedengaran dan dipaparkan dalam dada-dada akhbar ialah anak-anak yang melarikan diri dari rumah. Betul ni,ini cerita benar... ibu moden atau nenek degil agaknya, ambil kunci kereta cabut lari, selepas satu malam bemalam...Cabut lari bukan dari rumahnya, tetapi daripada rumah anaknya ke rumahnya sendiri. Itulah pandai-pandai -siapa suruh kidnap ibutu atau tokMa tu dari unit emergency hospital ke rumah sendiri, walaupun orangtua tu takmau atau tak bersedia dibawa ke destinasi lain selain rumahnya sendiri!!!!
Itulah realiti yang berlaku pada hari Isnin 26 Julai 2010. Peristiwa yang ditakdirkan berlaku, yang pasti banyak hikmahnya. Selepas sahaja selesai menghadiri kelas dewasa BA, Ibu itu dengan penuh yakin, membawa kereta bersendirian untuk menziarahi kawan yang kemudiannya menjadi besannya. Kebetulan di HUKM hari tu,amat sukar untuk mencari parking kerana kebanjiran orang ramai untuk menghadiri hari kesihatan keluarga dengan pemeriksaan kesihatan percuma oleh pelajar-pelajar HUKM sendiri. Alhamdulillah dapat sahaja parkir selepas menunggu lama, bergegas keluar untuk pergi ziarah. Beberapa kaki menapak selepas sahaja memanjat tangga daripada tempat parking ke pintu utama,tiba-tiba seluruh kaki kiri menjadi kejur, hanya beberapa langkah dapat diterjah, kemudian menjadi amat payah dan sakit untuk berpijak..."lahaulawala quwataillah billah" Allah itu amat mengasihi..ramai sahaja yang menolong, meminjamkan kerusi roda, menolak ke unit kecemasan, berjumpa doktor dan mengambil ubat. Malah doktor yang memeriksa pula kebetulan kawan Dr Yin, semuanya menjadi mudah Alhamdulillah.. Dr D datang, dengan teksi dari HUM, membawa pulang. Usaha untuk membawa ke Klinik X RAy, menjadi bungkam kerana semuanya masih belum masa beroperasi...Dr E, tiada kesempatan untuk membuat temujanji peperiksaan di HUM ?? (tak ingat termnya) di hospital tempat kerjanya atau memang ada hikmah di sebaliknya, kerana ketentuan takdir itulah yang terbaik untuk semua insan kerdil dan dhaif ini...bersambung

Ahad, 27 Jun 2010

LUKA LAMA memang BERDARAH KEMBALI

SMS yang diterima berbunyi "Hati yang terluka, remuk, hancur luluh, tak mungkin pulih sampai bila-bila. Semangat pun kadang-kadang tak cukup. Banyak sangat air mata yang nak keluar" dapat dibayang dan dirasakan betapa beratnya bahu yang memikul. Betapa parahnya luka yang dihadapi, darahnya mengalir tanpa henti...begitu banyak sekali. Air mata yang tercurah mencurah tidak boleh berhenti akibat kesakitan yang amat teruk sekali...

Pagi itu...sebelum N dan anak-anaknya bertolak pulang, tercetus ungkapan dan harapan yang penuh bererti dan dramatis ditujukan kepada N..'semoga luka lama tidak berdarah kembali' Jawapan ringkasnya 'tiada apa-apalah'menyembunyikan segala kekusutan yang berlaku dalam rumahtangganya. Dalam hati ni macam-macam parasangka negatif ditujukan kepada adik ipar yang seorang ni..sangat luar biasa. Tidak suka balik kampung, tak suka bergaul dengan ahli-ahli yang lain. Nampak sungguh ego, dan tak mudah untuk bertoleransi!!. Mudah-mudahan tanggapan negatif itu, tidak berlaku kepada yang empunya diri yang berkenaan. Hanya doa semoga Allah memurnikan hati-hati ini sejernih embun pagi, sebening air di kali. Apa yang berlaku di sebaliknya, masih tidak berani untuk berkongsi di sini, sebelum fakta dapat dicari. Apa yang menghantui fikiran ini, ialah bibit-bibit orang ketiga yang mengacau rumah tangga mereka beberapa tahun lalu diimbau kembali. Kini, orang itu, adakah masih orang yang sama....sedang mencari jawapannya. Yang empunya diri..masih menyepi dan sukar untuk dihubungi, siapa senang untuk berkunjung ke Taman Kaya?? jomlah bersama.