Khamis, 29 Julai 2010

Bila IBU/tokMA lari dari RUMAH edisi 3


Apa yang dirancang, sebaliknya berlaku, menunjukkan betapa kerdil dan ketidakupayaannya kita kerana ketentuan takdir itu hanya di tangan Allah SWT sahaja. Ketentuan yang baik untuk manusia adalah ujian kesyukuran, manakala ketentuan yang kita rasa tidak baik adalah ujian kesabaran. Hidup beragama, berprinsip positif dengan merebut peluang atau memikirkan hikmah atas musibah yang berlaku...menyuntik sebuah kehidupan yang optimis...mudahan-mudahan.
Bermalam atau berada di rumah anak-anak sendiri, menimbulkan rasa simpati dan empati yang tinggi....menimbulkan rasa hati sedih.. sedikit kegusaran yang mungkin menjejaskan proses penyembuhan. Sangkaan atau persepsi untuk tidak menyusahkan anak-anak dalam benak orang tua, mungkin tidak/mungkin ya di kalangan anak-anak. Untuk menjadi cemerlang dalam kepelbagaian tugas dan kerjaya, sudah pasti ada kos melepas yang perlu dibayar dan dihadapi.Mengharapkan semata-mata peranan pembantu rumah khususnya orang asing perlu berwaspada. Tidak munasabah untuk bertawakkal bulat-bulat kepada keadaan. Zahirnya, kecenderungan untuk membantu sudah tentu disukai, namun rasanya kurang wajar...itulah sebabnya lebih baik meninggalkan sahaja situasi itu,, dengan beruzlah di rumah sendiri. Sepanjang perjalanan pulang ....hanya doa keampunan dipohonkan agar kekurangan, kesilapan dan ketidaktahuan ku mendidik anak-anak dahulu diampunkan. Semoga keluarga mereka Sakinah, mawaddah dan rahmah walaupun begitu banyak ujian, dan halangan ang perlu dilalui.

3 ulasan:

sherry berkata...

So..di Sungai berada di samping si suami lah ni ye...

Sukarelawansuri berkata...

x semestinya - relax sorang-sorang berangan menjadi permaisuri kayangan

ssalmi berkata...

hei..bila keseorangan, berangan...jadi bengang pulak