Khamis, 19 Februari 2009

Membajai diri - Periuk Kera




Periuk kera -- hiasan taman yang unik, nama saintifiknya hepenthes. Buahnya atau bunganya berbentuk periuk lonjong yang ada tudung. Boleh menampung air,...mungkin boleh jadi tempat pembiakan nyamuk. Sebab itu airnya kena buang selalu. Namun begitu, ada kajian menunjukkan airnya boleh melebatkan rambut jika disapu. Periuknya juga boleh memakan dan menghadamkan serangga yang terperangkap di dalamnya, kerana periuk mengandungi bahan kimia yang digelar pepsin..MasyaAllah. Akarnya boleh diasah untuk rawatan sakit mata, cirit birit, gigitan berbisa, batu karang dan darah tinggi.

Periuknya juga boleh dijadikan bungkusan untuk buat ketupat, lemang, masak kukus, goreng sotong, satah dll. Terdapat hampir 120 spesies periuk kera di Malaysia? Pokok yang unik yang boleh cari makan sendiri, tentu mudah untuk hidup subur, namun begitu tanaman hutan ini agak mahal untuk membelinya.

Rabu, 18 Februari 2009

REsepi kek mois @ ELY

Chocolate Moist Cake

bahan-bahan:
2oo gm mentega (kira butter saiz biasa tu korang buang suku je)
2 cawan tepung gandum(diayak)

1 cawan serbuk koko

2 cawan air panas

2 cawan gula (kalu x nak manis 13/4 cawan)

4 biji telur

1 sudu vanilla essence

1 teaspoon baking powder



cara-cara:

pukul gula dan mentega hingga kembang, pastu masuk lak telur sebiji demi sebiji,masukkan e.vanila
then satukan serbuk koko dan air panas tadi,jadikan paste, tunggu hingga ia suam sikit baru campurkan
dengan bahan2 tadi dan diselang selikan dengan tepung.
then masukkan dlm loyang dan bakar suhu 170'c selama 1 jam.

REsepi kek kukus @ MYMY-Ewa

2 telor
2 cups sugar
2 cups flour
1 cup choc powder
1 cup minyak masak
1 cup bancuhan susu tepung yg panas
1 tbs baking powder (masuk last)
sdkt vanilla essence

* sume campurkan....then kukus api besar 15minutes, patu pelankan api n masak around 30minutes
* cucuk pakai fork kalo x melekat, means DAH MASAK!!!

Selamat mencube mama mimi kekly kakdi kakfarah... ewa smp dah bosan sbb asek buat je

Isnin, 16 Februari 2009

Desa Homestay




















Ahad, 15 Februari 2009

Lestari Langkawi - destinasi berkunjung




























Pulau langkawi -Pulau Lagenda
Lagenda Mahsuri- dibunuh kerana fitnah
Mahsuri bersumpah - Langkawi punah
Tujuh keturunan - bumi disumpah
menjadi bumi gersang tanpa ihktiar
Konon tujuh keturunan berakhir
Lagenda Langkawi mula bersinar
berlumba pemodal mengalir
Menggarap bumi tandus kembali subur
Pelancong datang -Langkawi Makmur

Jumaat, 6 Februari 2009

Pendidikan Anak-anak - dari wasiat Luqman a.s

Luqman mewasiatkan beberpa model pendidikan anak-anak, untuk panduan:

  1. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kemungkaran dan bersabar atas segala musibah yang menimpa.
  2. Mengingati Allah sebanyaknya, Allah mengingati orang yang menginagatiNya.
  3. Jangan mencinta dunia, kerana kita bukan dicipta untuk dunia, Allah tidak mencipta sesuatu pun yang lebih hina daripada dunia.
  4. Jangan gembira dengan kesihatan yg berpanjangan dan sembunyikan kesusahan yg menimpa
  5. Cukuplah dengan yang sedikit dan redha dengan apa yang kita dapat.
  6. Bersahabat dengan orang yang bijaksana
  7. Bercakap dengan ungkapan yang baik, dan duduk bersama-sama ahli zikir
  8. Laksanakan hajat sekadar yang perlu dan elak perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan kita.
  9. Banyak berdiam
  10. Janganlah biarkan haiwan lebih bijak darimu
  11. Manafaatkan apa yang Allah ajar kepadamu.
  12. Renungkan sepandai-pandai manusia ialah mereka yang takut kepada Allah
  13. Sentiasa bertawaduk (rendah diri)
  14. Fahami maksud Hikamah dan jadikalah akhlakmu berhikmah
  15. Jangan menghilangkan harta sendiri tetapi memperbaiki harta orang lain
  16. Elak menolak permintaan orang lain dan terimalah keuzuran mereka.
  17. Yang paling bernilai di sisi Allah ialah AKAL
  18. Selalu bertemu dengan ulama tetapi jangan berbahas dengannya nescaya mereka membenci kita

Rabu, 4 Februari 2009