Isnin, 16 Februari 2015

MENGIKIS SEHINGGA HABIS...OH Bibik

Kali ini derapan jantung sangat kencang. Marah membara terpaksa dibendung,tetapi terkawal, apabila luahan hati luka dapat dikongsi dengan mereka yang dipercayai. Walau marah berang dapat disejukkan dengan air salju, tetapi bekas panasnya madih terasa berbahang. Dua teman rapat, telah laluinya, dilihat dengan mata kepala. Bagaimana konspirasi tanah seberang mengumpan "hantaran pelbagai cara" untuk menundukkan dan yang paling sadis membodohkan majikan. Entah "guna-guna" apa, entah "sihir " apa yang dihantar untuk memerkenakan majikan. Bujukan menggoda, rayuan penuh ayu, senyuman yang menggoda, penampilan yang seksi di hadapan majikan lelaki/suami itulah jeratnya. Lupa dunia, tak ingat susah payah mendirikan rumah tangga, tiadanya sakinah, rahmah dan mawaddah dalam rumah tangga, di situlah bermulanya kehancuran rumah tangga setelah begitu lama bertahta sehingga penghujung usis. Tidak disangka umur di usia senja inilah badai melanda dengan konspirasi perempuan..bibik. Bara dalam sekam yang membakar kedamaian, mengabukan rumah tangga, menceraiberaikan sebuah ikatan. Oh perempuan, panas dan geramku ada batasnya. Reunion semalam, kisah sedih ini berulang didengari oleh mata hati. Begitu sedih, simpati dan empati kepada kawan baik ku ini semasa di bangku sekolah dan universiti. Tidak sangka perkara sama yang dilalui oleh kawan ku di sini, juga dilalui oleh kamu di sana. Suaminya bukan sahaja dikebas, malah dikikis sehabisnya. Berpindah tangan ke seberang apa yang ada. Tunggu jangan kau hanya tinggal sehelai sepinggang, jangan pula jadi pengemis untuk bertahan hidup...sedar..sedarlah.. Sebelum terlambat. Kesian amat kesian. Mari pagar diri dengan pergantungan tuntas dan total kepada Allah yang menjadi pelindung yang hakiki. Kembali kpdNya..wahai diriku, keluargaku, sahabatku, tetaanggaku dan saudara seagamaku.

Khamis, 23 Mei 2013

TANK -Q ALLAH

24 MEI 2013

Terima kasih Allah....

1. Kafarah kecederaan di lutukku, menuntut berehat sekurang-kurang 10 hari `ikut kata doktor`...astaghfirullah ...ampunkan kesalahan, kelalaian, kesilapanku..untuk keluarga, sahabat, pelbagai group, rakan seperjuangan maafkan daku,..tak dapat bergerak secara jasmaniah di lapangan..Nasihat doktor agar insan ini perlu merehatkan kaki yang dipinjamkan ini sementara. Jiwa raga, keupayaan lain..insya Allah boleh disumbangkan dari aspek alternatif yang lain.

Maaf group SRB..
Maaf group WJIK 2013
Maaf group famili ..tak dpt berugas ikut jadual yang ditetakpan
Maaf group TKB ..tak dpt bersama prog `team buailding` di PD Jumaat hingga Ahad ini...insyaAllah bahan perkongsian yg disediakan boleh dikongsi masa lain.
Maaf group famili2...tak dpt saling membantu bersama anak cucu..

2. `Waiza maridhtu fahuwa yashfee`...jika saya sakit Allahlah penyembuhnya`..yakin amat yakin... Terima kasih ibu yang mendoakan, yang mendirikan solat hajat/tahjud khas untukku.. Pesan ibu...perubatan dari anugerah Allah dimanfaatkan... semalamam berbalut dengan daun berduri tujuh, menampakkan penambahan kesembuhan..Alhamdulillah. Mudahan tiada MRR dan X ray yang dijanjikan oleh anak2ku...masyaAlLLah x...

3. Allah beri berita gembira...Allah anugerahkan seorang lagi anakku berjaya dalam peperiksaannya untuk menjadi `tabibah` Alhamdulillah....semoga menjadi pendorong kpd pesakit-pesakit utk didakwahkan bahawa sakit itu berlaku adalah dengan izin Allah, Dia sahaja yang mengizin penyembuhannya...perubatan kedoktoran adalah hanya ikhtiar kita sebagai manusia yang kerdil..


BUNGA DAN DAUN TUJUH BILAH

Pokok Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifiknya Pereskia sacharosa/saecnarosa merupakan sejenis pokok yang serba guna. Dikatakan boleh mengubat pelbagai jenis penyakit. Ia boleh ditanam di sekeliling rumah tanpa perlu banyak jagaan. Selain pokok hiasan, daunnya, sebagai penyembuh pelbagai penyakit, sewajar ia perlu ditanam disetiap rumah. Jika tanam membumi ia boleh hidup besar dan meninggi, jika ditanam dalam pasu, kita boleh bentuk dari pangkas yang dibuat dengan teliti. Awas, Jarum-jarum tajamnya yang terasa kesakitan jika tercucuk, jadi perlu awas keselamatannya. Petua ibu, agar daunnya dibuehkan dengan menggosok-gosok daun dengan air dan dibalut tampal di tempat membekak, terseliuh Alhamdulillah menatijahkan kesembuhan...pengalaman sendiri yg terkoyak tendon dilutut...menggunakan daun ini.

Rabu, 25 April 2012

Nukilan NALURI majlis SEMARAK KASIH...2


JEjak Majlis Semarak Kasih: 23 Jun di Bangi Golf Resort -EPISOD DUA:-

9. Keluarga Semantan …camana? Senyap aje!!!. Hasil patin pun tak ade masalah nak beli sekurang2nya setengah meja kan?. Hafiz di shah Alam, Asyraf di Melaka boleh berjumpa di Bangi pada 23 Jun? Cik nona sediakan hadiah misteri hasil rekacipta sendiri untuk emak dan ayah ye? Surprise utk mereka haritu ye!!! Auntie cadangkan buat nukilan menyentuh jiwa yang mengungkapkan kasih sayang pada emak dan ayah ye”!!


 10. Keluarga Kota Damansara pasti hebat…4 orang aje….tak ada masalah nak beli atau nak sponsor satu meja dari hasil pelbagai saham. Nak tunggu, nak lihat dan nak harap sangat bro bongsu sorang ni menyokong usaha kakang ni… Emak & abah lagi gembira jika tolong bawa ke Puncak? Amirul.. usaha rekaciptakan hadiah misteri ...
untuk abah manakala Syadid sediakan untuk mama ye? Jangan tunjuk dulu…suspen beri pada 23 Jun ye!!

 11. Keluarga Alam Damai….sejahtera dan damai selalu… ada 4 orang aje!!! Segan pula nak jemput ke majlis sempoi-sempoi ni…tak ada protokol!!!! Ezhan @ syafiqah jika nak join telefon auntie ye…. Tak apelah kali ni biar ezhan dan syafiqah yang sayu…tak dapat nak beri hadiah pada mama dan abah yang terlalu sibuktu?!! dalam Majlis Semarak Kasih pada 23 Jun...satu aje auntie minta supaya ingatkan mama supaya sediakan nukilan ungkapan indah dan syahdu, khas untuk sanjungan kasih sayang kepada atok dan tok. Ezhan pula sediakan latarbelakang dan frame untuk sajian ungkapan tersebut ye….Sapa nak sponsor ruang satu muka surat bernilai RM500 untuk abadikan ungkapan tu dalam buku `Album Kasih`.

 12. Eja oh eja!!.. Lan…lan…lan x yahlah ikut ke kota Singa, kan dah banyak kali gi ke hutan batu tu! Mailah join di Semarak Kasih..bersama Aiman, Aina, Aiza dan anak saudaratu.. Aina sediakan hadiah special untuk abah ye?? Untuk mama biar dia cari sendiri di Singa…lagi best kot?

 13…Yang menulis ni…hadiah yang paling istimewa untuknya ialah kehadiran emak @ abah yang diiringi oleh semua anak-anaknya….Dewan yang boleh memuatkan 1000 tetamu ni, akan menjadi saksi ramai anak-anak menyantuni ibu bapa mereka pada 23 Jun nanti…Insya Allah. WAR-WARkan juga kepada rakan-rakan supaya bersama-sama meraikan majlis ini, …. Sekurang-kurangnya jika mere tak dapat hadir…muatkan ungkapan kasih dalam Album Kasih dengan membeli ruang IKLAN/NUKILAN. Kita hanya berusaha merancang, walau sebaik mana sekalipun kita merancang, perancangan terbaik adalah Allah SWT…..menunggu dengan penuh REDHA.



Nukilan NALURI Majlis SEMARAK KASIH...1


Jejak Majlis Semarak Kasih: 23 Jun di Bangi Golf Resort - Sepelaung aje drp puncak Bangi......EPISOD SATU:-

1. Keluarga bera : 2 + ? orang ( tolong nyatakan bil nak dtg ye bro mat) ..Aiqah @ sis ..sediakan hadiah misteri utk ayah dan emak ye.


 2. keluarga Sis Nona : 5 orang.....katanya siapa sanggup sponsor...NADIA bawa hadiah misteri untuk mama ye!

 3. Keluarga Puncak Bangi : terakru nak beli 1 meja ( special meja mahkota ye!) ...bawa semua anak-anak dan Special utk Mak Ita juga tau.
...
4. Keluarga sg tangkas ..IAllah 3 orang aje akan dtg....Pak/mak Pencen dan Diana dah beli 2 meja ( siapa booking dulu..dia dapat)
5. Keluarga cenderawasih (terakru 2 org hadir)... abg Aiee sediakan hadiah misteri untuk ma dan pa ye??? dan datanglah bersama... Intan ..bawalah ayah & ibu join sekali.


 6. Keluarga Indera Mahkota...ada kursus pula kat Melaka,, tapi ada Bro Nazmi -bawa anak-anak dan ibu dan ayah ye..please!!!!

 7. Keluarga Bukit Bota...sekurang-kurang ambillah satu meeja.. Kak Long, Mimi, Dulan, Hanan & Fariza ..pasti boleh berkongsi beramal jariah,, bawa hadiah misteri untuk emak dan abah tau..raikan mereka semasa usia mereka masih tersisa ni....

 8. Keluarga batu enam....bila masa lagi nak turun ke bumi? boleh datang bawa motor besar..Emak & abah pasti amat gembira bila lihat anak lelaki tulang belakang family suami isteri sudi mencemar duli !!!!! Emma +... , Ainie +..., Aimie, Nabilah jika sudi untuk turut serta bertambahlah cerianya hati atuk dan tok. Sediakan sekali hadiah misteri untuk ibu dan ayah..... lihatlah nanti air mata syahdu akan mengalir dari mata hati mereka kerana sanjungan kasih anak-anak yang disayangi.......Bersambung.

Ahad, 8 Januari 2012

BERLUMBA MEREBUT PAHALA TANPA BATAS

Hamparan bumi yang luas ini, adalah gedung untuk mengumpul bekal PAHALA sebanyak-banyaknya. Marilah berlumba-lumba untuk mengumpul sebanyak-banyak KEBAJIKAN dengan pelbagai sumbangan sama ada dari segi masa, tenaga, idea kepakaran mahupun material.

Sabtu, 17 Disember 2011

MENDAMBA KASIH SAYANG



Janji Pasti...Kasih Sayang yang bekekalan antara insan

adalah dengan beriman kepada Allah SWT

dan beramal Salleh semata-mata kerana Allah jua.

Allah sahaja yang berkuasa meletakkan rasa kasih sayang itu

kepada semua makhluknya. Dambalah kasih sayang sesama insan

dengan terlebih dahulu menjual kasih sayang kita kepada Allah SWT

Rabu, 12 Oktober 2011

PERSONALITI MUSLIMAH

Bertudung menyerlahkan personaliti muslimah:
Bersungguh dalam bekerjaya
Berkaliber menyantuni amanah
Beristiqamah dalam beribadah
Berdedikasi dalam beramal
Berkarisma membuat keputusan
Berpekerti murni,Berbudi tinggi
Berketerampilan dalam pimpinan
Berpenampilan Kemas dan bersih
Tegas dalam kelembutan
Mesra dalam berukhuwah
Mendidik dalam berdakwah


Merubah DIRI menuju JALAN-NYA yang LURUS

Marilah berusaha merubah diri..menjadi Muslim Sejati dengan mencari ilmu ILAHI dan beramal dengannya...mendapatkan limpahan hidayahNYA dengan berdoa dan muasabah diri..

Firman Allah SWT dalam surah Al-Mu'min ayat 60 bermaksud: "Berdoalah kepadaKU, nescaya Ku perkenankan doa kamu".
Surah al-Baqarah ayat 186:- "Aku perkenankan doa orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu".
Nabi Muhammad s.a.w juga ada mengatakan bahawa: "Doa adalah otak ibadat, doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama, Nur dilangit dan dibumi".

Isnin, 10 Oktober 2011

Bersama Buku Mukjizat

Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
Buku Mujikzat ini mendamaikan..
Jangan kesampingkan
Penyuluh jalan mustaqim
Bersama membaca,memahami dan mengamalnya

Sabtu, 8 Oktober 2011

Syukur ....Nyawa masih diberi pinjam di jasad ini


APAKAH BEKALKU UNTUK MENUJU DESTINASI ABADI??????

Khamis, 1 September 2011

SILATURRAHIM SYAWAL - UKHUWAH FIL JANNAH

Berjumpa & Bergembira pada hari lebaran
Sebahagian keluarga besar Pantai Damai
Jangan lupa amalkan tazkirah ingatan
Menuju Syurga abadi beramai-ramai.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri,
Maaf Zahir Batin.
Minal aaidhin wal faaizin wa maqbuuleen.
Kullu aam wa antum bikhair.
TaqabbalaLlahu minna wa minkum