Khamis, 23 Mei 2013

TANK -Q ALLAH

24 MEI 2013

Terima kasih Allah....

1. Kafarah kecederaan di lutukku, menuntut berehat sekurang-kurang 10 hari `ikut kata doktor`...astaghfirullah ...ampunkan kesalahan, kelalaian, kesilapanku..untuk keluarga, sahabat, pelbagai group, rakan seperjuangan maafkan daku,..tak dapat bergerak secara jasmaniah di lapangan..Nasihat doktor agar insan ini perlu merehatkan kaki yang dipinjamkan ini sementara. Jiwa raga, keupayaan lain..insya Allah boleh disumbangkan dari aspek alternatif yang lain.

Maaf group SRB..
Maaf group WJIK 2013
Maaf group famili ..tak dpt berugas ikut jadual yang ditetakpan
Maaf group TKB ..tak dpt bersama prog `team buailding` di PD Jumaat hingga Ahad ini...insyaAllah bahan perkongsian yg disediakan boleh dikongsi masa lain.
Maaf group famili2...tak dpt saling membantu bersama anak cucu..

2. `Waiza maridhtu fahuwa yashfee`...jika saya sakit Allahlah penyembuhnya`..yakin amat yakin... Terima kasih ibu yang mendoakan, yang mendirikan solat hajat/tahjud khas untukku.. Pesan ibu...perubatan dari anugerah Allah dimanfaatkan... semalamam berbalut dengan daun berduri tujuh, menampakkan penambahan kesembuhan..Alhamdulillah. Mudahan tiada MRR dan X ray yang dijanjikan oleh anak2ku...masyaAlLLah x...

3. Allah beri berita gembira...Allah anugerahkan seorang lagi anakku berjaya dalam peperiksaannya untuk menjadi `tabibah` Alhamdulillah....semoga menjadi pendorong kpd pesakit-pesakit utk didakwahkan bahawa sakit itu berlaku adalah dengan izin Allah, Dia sahaja yang mengizin penyembuhannya...perubatan kedoktoran adalah hanya ikhtiar kita sebagai manusia yang kerdil..


BUNGA DAN DAUN TUJUH BILAH

Pokok Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifiknya Pereskia sacharosa/saecnarosa merupakan sejenis pokok yang serba guna. Dikatakan boleh mengubat pelbagai jenis penyakit. Ia boleh ditanam di sekeliling rumah tanpa perlu banyak jagaan. Selain pokok hiasan, daunnya, sebagai penyembuh pelbagai penyakit, sewajar ia perlu ditanam disetiap rumah. Jika tanam membumi ia boleh hidup besar dan meninggi, jika ditanam dalam pasu, kita boleh bentuk dari pangkas yang dibuat dengan teliti. Awas, Jarum-jarum tajamnya yang terasa kesakitan jika tercucuk, jadi perlu awas keselamatannya. Petua ibu, agar daunnya dibuehkan dengan menggosok-gosok daun dengan air dan dibalut tampal di tempat membekak, terseliuh Alhamdulillah menatijahkan kesembuhan...pengalaman sendiri yg terkoyak tendon dilutut...menggunakan daun ini.

Tiada ulasan: