Rabu, 17 November 2010

Yang PERGI dan yang diTINGGALKAN


Faiz, Aliya, Amerah tanpa Nani, anak-anak yang belum mumayyiz ini selamba sahaja ditinggalkan. Mungkin sudah biasa dengan situasi ditinggalkan beberapa kali sebelum ni bersama pembantu atau kalau terlalu lama kekadang tinggal bersama tok dan atuk mereka yang sudi datang dari kampung untuk bersama mereka. Ditinggalkan selama tiga minggu pada kali ini agak berbeza.Ibu bapa mereka diperkenankan menjadi tetamu Allah pada Aidul Adha 1431H..kini sedang berada di Mina untuk ibadat melontar Jumrah. Lebih menggembirakan mereka bersama tujuh ahli keluarga serentak diizinkan untuk mengerjakan ibadah haji tersebut...Semoga mereka menjadi tetamu yang dimuliakan, serta mendapat haji mabrur, InsyaAllah. Selamat kembali dengan selamat pada 30 November nanti InsyaAllah.

Di sini, perayaan Aidul Adha disambut sehari lewat berbanding Arab Saudi...Ketiadaan ibu ayah tidaklah begitu terasa sayu, kerana yang penting, mereka dipilih menjadi tetamu Allah. Anak cucu yang ditinggalkan, nampaknya tidak terasa ditinggalkan. AMerah yang manja tu, merayu dan menangis sakan, apabila pada awalnya, ia tidak diizinkan untuk solat edul adha di masjid...konon dilebal agak nakal, nanti mengganggu jemaah yang lain. Seawal pagi, Amerah, menunaikan janjinya dengan bangun awal dan bersedia untuk ke Masjid. Mereka telah bersedia, untuk dijemput pukul 7.45 pagi...setepat janji, memang mereka telah bersedia untuk solat di UKM pada pukul 8.30am. Seharian, mereka bermain dengan 'anak-anak saudara sepupu' yang sebaya dengan mereka. Alhamdulillah ...tidak ada masalah dengan mereka kecuali dengan nani??? kakak mereka yang sulong, tidak mau bersama kami, ke masjid untuk solat dan bersama merayakan edul adha di rumah auntienya. Dah besar panjang, dan dah ada pertimbangan sendiri untuk menentukan halatujunya sendiri. Semoga nani dalam meniti usia remaja yang banyak cobaan dan godaan dapat mengawal hati dan emosi terjurus kepada akhlak dan sahsiah muslimah. Pembantu yang diamanahkan untuk menjagamu, tak mampu untuk 'menegur' anak 'tuan' yang banyak ragam, kerenah dan perintah. Kami yang seekali menjengah, sekadar boleh membelai dan menasihati apat yang wajar dibuat jika mau dituruti, jika sebaliknya hanya doa kepadamu dan juga kepada sanak saudara yang lain semoga kita berbahagia di dunia dan di akhirat InsyaAllah.

Tiada ulasan: