Isnin, 22 November 2010

FOTO album di TANAH SUCI, diabadikan sebagai nostalgia


fOTO rakaman Izi yang dimuatturun daripada facebooknya, dapat diceritakan pelbagai cerita. Foto itu sendiri boleh menceritakan banyak perkara tanpa catatan kata-kata.Himpunan manusia daripada seantero dunia sebagai tetamu Allah dengan 'labaikallah....' yang begitu padat dan kelihatan berasak-asak tidak menjadi halangan untuk mereka menjalani ibadah tawaf dan ibadah-ibadah yang lain. Begitu juga himpunan jemaah yang penuh sesak di Padang Arafah, memerlukan kekuatan jasmaniah, kekentalan dan ketabahan jiwa untuk beribadah dan melakukan amalan penyucian jiwa.Bumi yang barakah, seramai mana sekalipun bilangan manusia untuk tawaf dan wukuf, ia tetap dapat memuatkan seramai manapun tetamu-tetamu Allah yang istimewa yang diizinkan dapat berkunjung ke sana.

Satu peringatan...bila ada kesempatan dan peluang, berdaftarlah segera untuk berkunjung ke sana, khususnya semasa badan masih sihat...badan yang uzur dan sakit, walaupun ia satu anugerah dan hikmah, tetapi ia menyulitkan diri sendiri untuk beribadah secara tuntas kepada Allah swt, di samping mneyusahkan orang lain!!!

Pengalaman lalu, bermalam di sempadan Muzdalifah dan Mina untuk ibadah melontar Jumrah, terpaksa berjalan kaki lebih kurang 7 km pergi dan 7 km balik. Lutut yang sakit, otot yang kejang, sendi yang nyilu, kaki yang mudah kebas, sudah tentu ibadah tersebut boleh dilaksanakan dengan sedikit kesulitan.

Perkhabaran orang tua yang kurang sihat, masuk hospital pula dan memerlukan rawatan susulan, sudah tentu mendebarkan anak-anak dan saudara mara di tanah air. Untuk muhasabah diri juga..sentiasalah INgat, LIMA perkara sebelum LIMA perkara.

jangkauan umur yang semakin pendek dari saat ke saat, dari jam ke jam, hari ke hari, menuntut kita untuk belajar mengenal diri, mengenal Pencipta, belajar ikhlas, belajar melakukan ibadah dengan khusuk dan meyakini sesungguhnya ada balasan syurga dan neraka. Bersama melakukan dan mangajak amal maaruf dan nahi mungkar..sentiasa berdoa dan berdinding untuk dijauhkan dari godaan syaitan, dan semoga kita sentiasa istiqamah untuk berada dijalan yang lurus..Marilah bersama mengumpul banyak saham untuk membantu kita menerangi kegelapan dan memberatkan timbangan pahala dan kebajikan.Andai ini catatan terakhir...yang belum pasti nyawa ini samaada boleh terus dipinjamkan untuk menyedut udara nikmat esok hari, dipohonkan berbanyak-banyak kemaafan atas segala-galanyanya, juga halalkan segala yang terguna, termakan, terminum, terambil dsbnya. KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI...DAN KEPADAMU JUA MOHON KEAMPUNAN.

Tiada ulasan: