Haji mabrur merupakan idaman setiap orang yang menunaikan ibadah haji, Bukan saja karena besar pahalanya berupa surga jannatunna’im, tapi juga ampunan Allah dan keridhoannya merupakan hal penting untuk setiap muslim yang mengharapkan kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat.
Haji, sebagai kewajiban kaum Muslim yang mampu, mestilah dikerjakan untuk menyempurnakan rukun Islam. Untuk melakukan ibadah haji, mesti menghindari sifat sombong, menang sendiri, ujub, takabur, dan memperbanyak rendah hati, pengakuan hati terhadap kebesaran ALLOH SWT.
Setiap ibadah mempunyai ilmunya, dan jika kita beribadah tidak sesuai dengan tuntunan yang ada, maka sia-sialah ibadah yang kita lakukan. Demikian pula dengan haji, ilmu ibadahnya tidak boleh diperkecilkan, karena untuk berhaji sudah tentu mengorbankan banyak wang ringgit, tenaga dan waktu.
Ciri-ciri haji mabrur, di antaranya:
1. Ada peningkatan ibadah kepada ALLAH SWT
2. Berhenti melakukan perbuatan maksiat dan perbuatan lain yg menjerumuskan
dirinya ke jurang kehancuran
3. Tidak silau (ditipu) oleh dunia. Kesibukan di dunia tidak akan melalaikan
menunaikan ibadahnya kepada ALLAH SWT
4. Terputus dari teman2 yang jahat
5. Mau menafkahkan hartanya di jalan ALLAH SWT.
Haji yang mabrur menjadi titik tolak baginya ke arah kebaikan, dan selalu menjadi peringatan baginya untuk memeperbaiki jalan hidupnya.
Esok,30 November 2010, pukul satu tengah hari dijadualkan pesawat udara yang membawa ayah, ibu bersama keluarga izi dari tanah suci Mekah akan mendarat di bandara KLIA, insyaAllah. Musafir menasik haji ke Baitullah dengan natijah haji Mabrur, itulah diharapkan akan menyambut kepulangan mereka InSyaAllah. Ayah ibu yang penghujung usia umurnya..sudah tentulah diharapkan impak jalan lurus dipenuhi dengan bekalan kebajikan yang bertimbun sebagai galas meniti hari-hari menuju siratulmustaqi. Izi dan keluarganya yang berhabisan dari segi material, yang menyajikan kesabaran dan menghidangkan keikhlasan & ketulisan untuk melangkah lebih jauh dalam kerjaya material yang penuh cabaran itu, didoakan terus maju jaya dalam bidang minatnya.
Isnin, 29 November 2010
Isnin, 22 November 2010
FOTO album di TANAH SUCI, diabadikan sebagai nostalgia
fOTO rakaman Izi yang dimuatturun daripada facebooknya, dapat diceritakan pelbagai cerita. Foto itu sendiri boleh menceritakan banyak perkara tanpa catatan kata-kata.Himpunan manusia daripada seantero dunia sebagai tetamu Allah dengan 'labaikallah....' yang begitu padat dan kelihatan berasak-asak tidak menjadi halangan untuk mereka menjalani ibadah tawaf dan ibadah-ibadah yang lain. Begitu juga himpunan jemaah yang penuh sesak di Padang Arafah, memerlukan kekuatan jasmaniah, kekentalan dan ketabahan jiwa untuk beribadah dan melakukan amalan penyucian jiwa.Bumi yang barakah, seramai mana sekalipun bilangan manusia untuk tawaf dan wukuf, ia tetap dapat memuatkan seramai manapun tetamu-tetamu Allah yang istimewa yang diizinkan dapat berkunjung ke sana.
Satu peringatan...bila ada kesempatan dan peluang, berdaftarlah segera untuk berkunjung ke sana, khususnya semasa badan masih sihat...badan yang uzur dan sakit, walaupun ia satu anugerah dan hikmah, tetapi ia menyulitkan diri sendiri untuk beribadah secara tuntas kepada Allah swt, di samping mneyusahkan orang lain!!!
Pengalaman lalu, bermalam di sempadan Muzdalifah dan Mina untuk ibadah melontar Jumrah, terpaksa berjalan kaki lebih kurang 7 km pergi dan 7 km balik. Lutut yang sakit, otot yang kejang, sendi yang nyilu, kaki yang mudah kebas, sudah tentu ibadah tersebut boleh dilaksanakan dengan sedikit kesulitan.
Perkhabaran orang tua yang kurang sihat, masuk hospital pula dan memerlukan rawatan susulan, sudah tentu mendebarkan anak-anak dan saudara mara di tanah air. Untuk muhasabah diri juga..sentiasalah INgat, LIMA perkara sebelum LIMA perkara.
jangkauan umur yang semakin pendek dari saat ke saat, dari jam ke jam, hari ke hari, menuntut kita untuk belajar mengenal diri, mengenal Pencipta, belajar ikhlas, belajar melakukan ibadah dengan khusuk dan meyakini sesungguhnya ada balasan syurga dan neraka. Bersama melakukan dan mangajak amal maaruf dan nahi mungkar..sentiasa berdoa dan berdinding untuk dijauhkan dari godaan syaitan, dan semoga kita sentiasa istiqamah untuk berada dijalan yang lurus..Marilah bersama mengumpul banyak saham untuk membantu kita menerangi kegelapan dan memberatkan timbangan pahala dan kebajikan.Andai ini catatan terakhir...yang belum pasti nyawa ini samaada boleh terus dipinjamkan untuk menyedut udara nikmat esok hari, dipohonkan berbanyak-banyak kemaafan atas segala-galanyanya, juga halalkan segala yang terguna, termakan, terminum, terambil dsbnya. KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI...DAN KEPADAMU JUA MOHON KEAMPUNAN.
Rabu, 17 November 2010
Yang PERGI dan yang diTINGGALKAN
Faiz, Aliya, Amerah tanpa Nani, anak-anak yang belum mumayyiz ini selamba sahaja ditinggalkan. Mungkin sudah biasa dengan situasi ditinggalkan beberapa kali sebelum ni bersama pembantu atau kalau terlalu lama kekadang tinggal bersama tok dan atuk mereka yang sudi datang dari kampung untuk bersama mereka. Ditinggalkan selama tiga minggu pada kali ini agak berbeza.Ibu bapa mereka diperkenankan menjadi tetamu Allah pada Aidul Adha 1431H..kini sedang berada di Mina untuk ibadat melontar Jumrah. Lebih menggembirakan mereka bersama tujuh ahli keluarga serentak diizinkan untuk mengerjakan ibadah haji tersebut...Semoga mereka menjadi tetamu yang dimuliakan, serta mendapat haji mabrur, InsyaAllah. Selamat kembali dengan selamat pada 30 November nanti InsyaAllah.
Di sini, perayaan Aidul Adha disambut sehari lewat berbanding Arab Saudi...Ketiadaan ibu ayah tidaklah begitu terasa sayu, kerana yang penting, mereka dipilih menjadi tetamu Allah. Anak cucu yang ditinggalkan, nampaknya tidak terasa ditinggalkan. AMerah yang manja tu, merayu dan menangis sakan, apabila pada awalnya, ia tidak diizinkan untuk solat edul adha di masjid...konon dilebal agak nakal, nanti mengganggu jemaah yang lain. Seawal pagi, Amerah, menunaikan janjinya dengan bangun awal dan bersedia untuk ke Masjid. Mereka telah bersedia, untuk dijemput pukul 7.45 pagi...setepat janji, memang mereka telah bersedia untuk solat di UKM pada pukul 8.30am. Seharian, mereka bermain dengan 'anak-anak saudara sepupu' yang sebaya dengan mereka. Alhamdulillah ...tidak ada masalah dengan mereka kecuali dengan nani??? kakak mereka yang sulong, tidak mau bersama kami, ke masjid untuk solat dan bersama merayakan edul adha di rumah auntienya. Dah besar panjang, dan dah ada pertimbangan sendiri untuk menentukan halatujunya sendiri. Semoga nani dalam meniti usia remaja yang banyak cobaan dan godaan dapat mengawal hati dan emosi terjurus kepada akhlak dan sahsiah muslimah. Pembantu yang diamanahkan untuk menjagamu, tak mampu untuk 'menegur' anak 'tuan' yang banyak ragam, kerenah dan perintah. Kami yang seekali menjengah, sekadar boleh membelai dan menasihati apat yang wajar dibuat jika mau dituruti, jika sebaliknya hanya doa kepadamu dan juga kepada sanak saudara yang lain semoga kita berbahagia di dunia dan di akhirat InsyaAllah.
Langgan:
Catatan (Atom)