Rabu, 25 Februari 2009

Petua hindari histeria



1. Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam,

2. ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejaadian histeria

3.Doa - berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."

Selasa, 24 Februari 2009

Sejarah Catatan Dairiku -

Sejarah bermula...pasti ada mukaddimahnya! bermula dari sebab dan akibat, kemudian mencetuskan natijahnya? Kenapa perlu mencatat?? bagi insan ini ia adalah pengubat jiwa, meregangkan kekusutan, menstabilkan emosi,melegakan tekanan di samping mengisi masa lapang. Di atas sekeping kertas, ucapan lidah insan ini, diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Kertas itu juga kawan untuk lawan berkata-kata. Sudah tentu insan ini pendiam tiada kawan dan hanya pandai berinteraksi dalam gelombang jari-jemari dengan otak di bawah sedar. Itulah hakikat insan ini di zaman solonya.

To be a good teacher...
you must think
like a learner.

Dairy Buku vs Dairy Maya











Give me a fish and I eat for a day. Teach me to fish and I eat for a lifetime.


Masih disimpan dairy lama yang dah berwarna kuning kertasnya. Digunapakai pula buku dairy tebaltu untuk tampal guntingan resepi masakan dari akhbar. Bila buku koleksi tampalan resepi itu diguna/dirujuk pula oleh anak-anak, apa lagilah bukan resipi yang dicari jadi tumpuan malah catatan disebalik dan dicelah-celah tampalan resepi itu pula yang jadi tumpuan. Dari situ, baru mereka tahu bahawa mom ini suka mencatat memori di atas kertas. Agak malang, catatan yang boleh dikompalasikan itu bertaburan entah ke mana, kena banjir besarlah, pindah sana sini, tiada tempat sempurna untuk menyimpan juga merupakan masalah besar. Semoga dengan adanya diary maya ini boleh menyimpan catatan dulu, kini dan selamanya???

Jumaat, 20 Februari 2009

Sama Merah-Sama Menyala- Adakah keduanya sama?





Dua lagi k0leksi bunga di taman. Sama merah, sama menyala,kelopak-kelopak kecil seolah-olah sama bentuk, berkumpul membentuk jambangan yang besar. Bunga Izora atau siantan atau pecah periuk jenis bunga besar ada tonjolan kelopak berbentuk jarum di antara kelopak-kelopaknya kelihatan sama gah dengan pohon bunga merah yang satu lagi tu...sedang tercari-cari namanya. Bunga itu bertahan lebih lama berbanding dengan ixora.. Tambah unik bunga ini ialah ada jambangan kecil warna putih yang tertonjol di tengah-tengah kelopak-kelopak merah. Pohonnya yang berbunga lebat dan berjambangan bagi setiap dahan kelihatan lebih cantik berbanding ixora.

KEDUANYA ADAKAH SIANTAN/IXORA?




Masih tertanya-tanya adakah bunga yang berwarna ungu itu termasuk dalam kelompok bunga siantan yang berwarna merah itu. Tompokan kelompokan bunga, dedaunya berbentuk lonjong kelihatan agak sama.Realiti sebenarnya amat jauh beza antara keduanya. Bunga dan daun pepohon yang berwarna ungu itu agak keras dan tebal, berbanding bebunga dan dedaun izora yang agak nipis dan lembut. Itulah keagungan Maha Pencipta yang Maha Agung dan Maha Mengetahui. Memerhati dan bercakap dengan pepohon dan bebunga yang berbagai jenis setiap hari, menambah ikatan dan jalinan kita dengan Maha Pencipta. Tidak terkata betapa unik, istimewa, harmoni dan menghairankan Ciptaan Allah itu...MasyaAllah dan Allah huAkabar

Khamis, 19 Februari 2009

Bunga Siantan - Bunga pecah periuk -jejarum





Bunga ini amat unik, menjalar dengan daun dan bunganya begitu keras, seolah-olah berdamar. Nampak macam plastik, tetapi tidak. Kuntum-kuntum kecil yang berkelompok menghasilkan jambangan yang cantik dan sungguh menakjubkan.

Membajai diri - Periuk Kera




Periuk kera -- hiasan taman yang unik, nama saintifiknya hepenthes. Buahnya atau bunganya berbentuk periuk lonjong yang ada tudung. Boleh menampung air,...mungkin boleh jadi tempat pembiakan nyamuk. Sebab itu airnya kena buang selalu. Namun begitu, ada kajian menunjukkan airnya boleh melebatkan rambut jika disapu. Periuknya juga boleh memakan dan menghadamkan serangga yang terperangkap di dalamnya, kerana periuk mengandungi bahan kimia yang digelar pepsin..MasyaAllah. Akarnya boleh diasah untuk rawatan sakit mata, cirit birit, gigitan berbisa, batu karang dan darah tinggi.

Periuknya juga boleh dijadikan bungkusan untuk buat ketupat, lemang, masak kukus, goreng sotong, satah dll. Terdapat hampir 120 spesies periuk kera di Malaysia? Pokok yang unik yang boleh cari makan sendiri, tentu mudah untuk hidup subur, namun begitu tanaman hutan ini agak mahal untuk membelinya.

Rabu, 18 Februari 2009

REsepi kek mois @ ELY

Chocolate Moist Cake

bahan-bahan:
2oo gm mentega (kira butter saiz biasa tu korang buang suku je)
2 cawan tepung gandum(diayak)

1 cawan serbuk koko

2 cawan air panas

2 cawan gula (kalu x nak manis 13/4 cawan)

4 biji telur

1 sudu vanilla essence

1 teaspoon baking powder



cara-cara:

pukul gula dan mentega hingga kembang, pastu masuk lak telur sebiji demi sebiji,masukkan e.vanila
then satukan serbuk koko dan air panas tadi,jadikan paste, tunggu hingga ia suam sikit baru campurkan
dengan bahan2 tadi dan diselang selikan dengan tepung.
then masukkan dlm loyang dan bakar suhu 170'c selama 1 jam.

REsepi kek kukus @ MYMY-Ewa

2 telor
2 cups sugar
2 cups flour
1 cup choc powder
1 cup minyak masak
1 cup bancuhan susu tepung yg panas
1 tbs baking powder (masuk last)
sdkt vanilla essence

* sume campurkan....then kukus api besar 15minutes, patu pelankan api n masak around 30minutes
* cucuk pakai fork kalo x melekat, means DAH MASAK!!!

Selamat mencube mama mimi kekly kakdi kakfarah... ewa smp dah bosan sbb asek buat je

Isnin, 16 Februari 2009

Ahad, 15 Februari 2009

Lestari Langkawi - destinasi berkunjung




























Pulau langkawi -Pulau Lagenda
Lagenda Mahsuri- dibunuh kerana fitnah
Mahsuri bersumpah - Langkawi punah
Tujuh keturunan - bumi disumpah
menjadi bumi gersang tanpa ihktiar
Konon tujuh keturunan berakhir
Lagenda Langkawi mula bersinar
berlumba pemodal mengalir
Menggarap bumi tandus kembali subur
Pelancong datang -Langkawi Makmur

Jumaat, 6 Februari 2009

Pendidikan Anak-anak - dari wasiat Luqman a.s

Luqman mewasiatkan beberpa model pendidikan anak-anak, untuk panduan:

  1. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kemungkaran dan bersabar atas segala musibah yang menimpa.
  2. Mengingati Allah sebanyaknya, Allah mengingati orang yang menginagatiNya.
  3. Jangan mencinta dunia, kerana kita bukan dicipta untuk dunia, Allah tidak mencipta sesuatu pun yang lebih hina daripada dunia.
  4. Jangan gembira dengan kesihatan yg berpanjangan dan sembunyikan kesusahan yg menimpa
  5. Cukuplah dengan yang sedikit dan redha dengan apa yang kita dapat.
  6. Bersahabat dengan orang yang bijaksana
  7. Bercakap dengan ungkapan yang baik, dan duduk bersama-sama ahli zikir
  8. Laksanakan hajat sekadar yang perlu dan elak perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan kita.
  9. Banyak berdiam
  10. Janganlah biarkan haiwan lebih bijak darimu
  11. Manafaatkan apa yang Allah ajar kepadamu.
  12. Renungkan sepandai-pandai manusia ialah mereka yang takut kepada Allah
  13. Sentiasa bertawaduk (rendah diri)
  14. Fahami maksud Hikamah dan jadikalah akhlakmu berhikmah
  15. Jangan menghilangkan harta sendiri tetapi memperbaiki harta orang lain
  16. Elak menolak permintaan orang lain dan terimalah keuzuran mereka.
  17. Yang paling bernilai di sisi Allah ialah AKAL
  18. Selalu bertemu dengan ulama tetapi jangan berbahas dengannya nescaya mereka membenci kita