Isnin, 19 Januari 2009

Cahaya dalam cahaya, Cogankata SMKA Maahad Hamidiah

CahayaDalamCahaya

Surah AnNur Ayat 35: Allah (Pemberi) cahaya (kpd) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah …, yg didalamnya ada pelita besar. Pelita itu didalam kaca dan kaca itu seakan-akan bintang (yg bercahaya) spti mutiara, yg dinyalakan dgn minyak dari pohon yang banyak berkahnya, , yg minyaknya (saja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya dalam cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan bagi manusia, ...

Cogankata yang tercatat dalam lencana sekolah itu, banyak pengertiannya. Berakahnya kerana ia merupakan ungkapan dari Al Quran. Tahun 1991 , ditukarkan ke sekolah itu sebagai GKMP kemanusiaan dari SAAS sebagai GKMP Bahasa. Masih ingat pengetua menyimpan surat pertukaran selama 15 hari..untuk dapatkan pengganti serta merta. Begitu tegas pengetua itu...YM Engku Tik Azizah Tengku Abd Malek...banyak belajar dari beliau.Awalnya masih belum memahami maksud Cogankata tersebut...tiada sesiapa yang memberitau..meraba-rabalah cari sendiri...terutama dalam membantu menyiapkan sejarah sekolah, untuk dimuat dalam buku peraturan dan majalah sekolah.Lantikan sebagai PK lebih mencabar..perlu berusaha untuk tingkatkan prestasi akademik...banyak cerita yang boleh dikongsi bersama sehingga ditukarkan pula bertugas di SMK CJ sebagai pengetua. Banyak cerita juga boleh dikongsi diCJ

1 ulasan:

sherry berkata...

dah bersara tapi masih terkenang...