Jumaat, 30 Januari 2009

Bunga bekembang - rohani mengambang











Bunga berkembang subur, natijah dijaga
dirumpai, disiram dan dibaja,
kesian, walau sayang sejuta belaian
ia tetap longlai, layu dan terkulai,

Roh kita, bagaimana?.

Di dunia,ia disaluti tulang dan daging.
Bolehkah ia berkembang dan sentiasa mengambang?
ROHANI yang bersih gambaran jiwa yang subur dan segar.
santapan jiwa natijah kepada kesuburan rohani.
Jagalah jiwa dengan menjaga sekeping hati dalam tubuh kita.
Bak pokok yang mengeluarkan dedaun yang subur, batang yang tegap
dan bunga-bungaan yang berkembang akibat ia dijaga,disiram dan dibaja.

Sekeping hati manusia yang rosak akan menampilkan pembawaan manusia yang pincang, keluh kesah tanpa damai abadi.Hati yang dipenuhi titik-titik hitam adalah noda-noda dosa yang perlu dibersihkan dengan memohon keampunan, melakukan amalan peningkatan kualiti diri dengan ilmu,iman dan taqwa. Jiwa yang kosong, meyebabkan jasmani terumbang ambing, tanpa hala tuju. Marilah bersama menuju jalan yang lurus, jalan yang diredhai, bukan jalan orang-orang yang sesat dan dimurkai. Hanya Allah tempat kita memohon pertolongan, hidayah dan petunjuk.
KASIHANLAH HATI KITA, IA PERLU DIJAGA, DIBELAI DAN DISIRAMI DENGAN ILMU,AMAL DAN IMAN

Tiada ulasan: