Khamis, 23 Mei 2013

TANK -Q ALLAH

24 MEI 2013

Terima kasih Allah....

1. Kafarah kecederaan di lutukku, menuntut berehat sekurang-kurang 10 hari `ikut kata doktor`...astaghfirullah ...ampunkan kesalahan, kelalaian, kesilapanku..untuk keluarga, sahabat, pelbagai group, rakan seperjuangan maafkan daku,..tak dapat bergerak secara jasmaniah di lapangan..Nasihat doktor agar insan ini perlu merehatkan kaki yang dipinjamkan ini sementara. Jiwa raga, keupayaan lain..insya Allah boleh disumbangkan dari aspek alternatif yang lain.

Maaf group SRB..
Maaf group WJIK 2013
Maaf group famili ..tak dpt berugas ikut jadual yang ditetakpan
Maaf group TKB ..tak dpt bersama prog `team buailding` di PD Jumaat hingga Ahad ini...insyaAllah bahan perkongsian yg disediakan boleh dikongsi masa lain.
Maaf group famili2...tak dpt saling membantu bersama anak cucu..

2. `Waiza maridhtu fahuwa yashfee`...jika saya sakit Allahlah penyembuhnya`..yakin amat yakin... Terima kasih ibu yang mendoakan, yang mendirikan solat hajat/tahjud khas untukku.. Pesan ibu...perubatan dari anugerah Allah dimanfaatkan... semalamam berbalut dengan daun berduri tujuh, menampakkan penambahan kesembuhan..Alhamdulillah. Mudahan tiada MRR dan X ray yang dijanjikan oleh anak2ku...masyaAlLLah x...

3. Allah beri berita gembira...Allah anugerahkan seorang lagi anakku berjaya dalam peperiksaannya untuk menjadi `tabibah` Alhamdulillah....semoga menjadi pendorong kpd pesakit-pesakit utk didakwahkan bahawa sakit itu berlaku adalah dengan izin Allah, Dia sahaja yang mengizin penyembuhannya...perubatan kedoktoran adalah hanya ikhtiar kita sebagai manusia yang kerdil..


BUNGA DAN DAUN TUJUH BILAH

Pokok Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifiknya Pereskia sacharosa/saecnarosa merupakan sejenis pokok yang serba guna. Dikatakan boleh mengubat pelbagai jenis penyakit. Ia boleh ditanam di sekeliling rumah tanpa perlu banyak jagaan. Selain pokok hiasan, daunnya, sebagai penyembuh pelbagai penyakit, sewajar ia perlu ditanam disetiap rumah. Jika tanam membumi ia boleh hidup besar dan meninggi, jika ditanam dalam pasu, kita boleh bentuk dari pangkas yang dibuat dengan teliti. Awas, Jarum-jarum tajamnya yang terasa kesakitan jika tercucuk, jadi perlu awas keselamatannya. Petua ibu, agar daunnya dibuehkan dengan menggosok-gosok daun dengan air dan dibalut tampal di tempat membekak, terseliuh Alhamdulillah menatijahkan kesembuhan...pengalaman sendiri yg terkoyak tendon dilutut...menggunakan daun ini.

Rabu, 25 April 2012

Nukilan NALURI majlis SEMARAK KASIH...2


JEjak Majlis Semarak Kasih: 23 Jun di Bangi Golf Resort -EPISOD DUA:-

9. Keluarga Semantan …camana? Senyap aje!!!. Hasil patin pun tak ade masalah nak beli sekurang2nya setengah meja kan?. Hafiz di shah Alam, Asyraf di Melaka boleh berjumpa di Bangi pada 23 Jun? Cik nona sediakan hadiah misteri hasil rekacipta sendiri untuk emak dan ayah ye? Surprise utk mereka haritu ye!!! Auntie cadangkan buat nukilan menyentuh jiwa yang mengungkapkan kasih sayang pada emak dan ayah ye”!!


 10. Keluarga Kota Damansara pasti hebat…4 orang aje….tak ada masalah nak beli atau nak sponsor satu meja dari hasil pelbagai saham. Nak tunggu, nak lihat dan nak harap sangat bro bongsu sorang ni menyokong usaha kakang ni… Emak & abah lagi gembira jika tolong bawa ke Puncak? Amirul.. usaha rekaciptakan hadiah misteri ...
untuk abah manakala Syadid sediakan untuk mama ye? Jangan tunjuk dulu…suspen beri pada 23 Jun ye!!

 11. Keluarga Alam Damai….sejahtera dan damai selalu… ada 4 orang aje!!! Segan pula nak jemput ke majlis sempoi-sempoi ni…tak ada protokol!!!! Ezhan @ syafiqah jika nak join telefon auntie ye…. Tak apelah kali ni biar ezhan dan syafiqah yang sayu…tak dapat nak beri hadiah pada mama dan abah yang terlalu sibuktu?!! dalam Majlis Semarak Kasih pada 23 Jun...satu aje auntie minta supaya ingatkan mama supaya sediakan nukilan ungkapan indah dan syahdu, khas untuk sanjungan kasih sayang kepada atok dan tok. Ezhan pula sediakan latarbelakang dan frame untuk sajian ungkapan tersebut ye….Sapa nak sponsor ruang satu muka surat bernilai RM500 untuk abadikan ungkapan tu dalam buku `Album Kasih`.

 12. Eja oh eja!!.. Lan…lan…lan x yahlah ikut ke kota Singa, kan dah banyak kali gi ke hutan batu tu! Mailah join di Semarak Kasih..bersama Aiman, Aina, Aiza dan anak saudaratu.. Aina sediakan hadiah special untuk abah ye?? Untuk mama biar dia cari sendiri di Singa…lagi best kot?

 13…Yang menulis ni…hadiah yang paling istimewa untuknya ialah kehadiran emak @ abah yang diiringi oleh semua anak-anaknya….Dewan yang boleh memuatkan 1000 tetamu ni, akan menjadi saksi ramai anak-anak menyantuni ibu bapa mereka pada 23 Jun nanti…Insya Allah. WAR-WARkan juga kepada rakan-rakan supaya bersama-sama meraikan majlis ini, …. Sekurang-kurangnya jika mere tak dapat hadir…muatkan ungkapan kasih dalam Album Kasih dengan membeli ruang IKLAN/NUKILAN. Kita hanya berusaha merancang, walau sebaik mana sekalipun kita merancang, perancangan terbaik adalah Allah SWT…..menunggu dengan penuh REDHA.