Sabtu, 15 Ogos 2009

DOA RESTU untuk ILMI



Menghampiri waktu zohor tadi...di pondok yang hening ni,sempatku bermunajat kepadaMU ya Allah, khas untuk ILMI Nadhrah yang baru memulakan peperiksaanya. Kupanjangkan doa restuku kepadanya dengan izinMU.Ku sentiasa bayangkan dia di depan mataku sedang menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan mudah dan tawaduk.
"Ya Allah, terangilah cahaya pada hati Nadhrah dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepadanya dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.
Ya Allah, Keluarkanlah ia daripada kesamaran dan muliakanlah dia dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepadanya pintu-pintu ilmu, dan hiasilah dia dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah dia daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda"

MAIN pondok-pondok jadi REALITI


Di Kampung Sungai Kembong Rinching Hilir, Kajang ada sebuah hutan terpencil yang telah diterokai, jadi sebuah dusunlah katanya. Di situ, kononnya didirikanlah sebuah pondok berukuran 14x20kaki...dah tua baru nak main-main pondok betul-betul. Dulu masa kecil tak ada kesempatan nak main pondok-pondok, maklumlah kakak yang paling sulung mana boleh nak main tu semua, kena tolong buat kerja rumahlah, Bagi peluang kepada adik-adik yang lain untuk main. Kebuntu dah banyak pokok-pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, cempedak, manggis, jambu dan lain-lain. Mohlah sesiapa yang rasa nak main pondok betul-betul. Banyak pokok,tempat nak main sorok-sorok. Musim buah, boleh makan-makan buah-buah yang ada.

Oleh kerana kebuntu luasnya kira-kira satu ekar, sukar juga nak main pondok-pondok dan nak main kebun-kebun, jadi terpaksalah buat pondok betul-betul. Atap merah metadec, dinding dan lantai hanya lepakan simen biasa.Kos keselurohan mencecah 10K juga...Alhamdulillah

Nak main pondok-pondok, mesti ada heronya. Nah tengoklah herotu,...siap bergaya dengan topi, boot getah, parang panjang, dan yang dipegangtu tali besikot, nak betulkan pagar yang dicerobohi oleh pelakon-pelakon tambahan..gerombolan kambing sekandang yang dilepaskan oleh tuannya supaya cari makan sendiri.

Dah ada hero, mesti ada heroin....tengoklah siheroin tu,posing sakan. Kalau hero nak bermain dengan pelakon tambahan kambing-kambing, siheroin pula kena cari idea nak berlakon bersama-sama burung-burung,babi hutan dan pengganas lain terutama waktu sunyi atau malam hari. Wah buat satu lagi watak jadi-jadian..pepatong. Nak takutkan watak yang tidak ada otak.

Peralatan nak main pondok-pondok dan kebun-kebun ni, memang perlu banyak. Tak ada pula tempat nak storkan, terpaksa bawa masok dalam pondok. Letak di luar, takut kena kebas oleh pelakon-pelakon yang tiada otak.Sayangnya pepatong yang ditugas jadi pengawaltu, tak boleh nak buat apa-apa?

Penat main pondok dan kebun-kebun, terpaksa berehat dalam pondok. Nasib baik dalam pondok tu ada tempat lepas hajat.Tangki tadahan air di luar membekalkan air ke dalam tong di dalam..hai terpaksa guna kaedah sedutan untuk mengalirkan air dari tangki ke tong. Boleh guna untuk mandi-manda.

Dalam pondok adatempat untuk makan-makan, untuk solat, untuk berdiskusi....tengok tu boleh bawa radio pulaktu..hanya pakai bateri aje..nak cari idea bagaimana nak pakai mini panel solar. Sesiapa nak jadi pelakon tambahan jadi mekanik bikin bekalan elektrik.

Kalau ada panel solartu...wah memang best untuk menjana minda, membaca, menulis, buat blog dsbnya. Namun begitu, pondok yang dibina di tempat tinggi,memang laluan angin sepoi, rimbunan pepohon hijau memang begitu damai dan harmoni. Nyaman, tenang dan cool saje.

Nak makan,wah dapur pun ada? bawa aje mini tong gastu,bolehlah main masak-masak pula..memang best untuk berehlah atau berehat.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Sabtu, 8 Ogos 2009

CELEBRATION of COLOURS






FLORIA 2009 iaitu ‘Kemeriahan Warna' atau Celebration of Colours dapat memupuk dan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada keindahan flora dan fauna dan kemeriahan pelbagai warna bunga dan tumbuhan. Natijahnya juga akan membudayakan aktiviti landskap dan perkebunan sebagai satu gaya hidup sihat dan sejahtera.
Bentuk taman dan good gardening practice... meyegarkan pandangan.Alhamdulillah

Rabu, 5 Ogos 2009

Amalan Doa --elak wabak



JUGA DOA INI:

"Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan. Aku berpegang teguh kepada Tuhan yang menguasai alam nyata dan tidak nyata. Aku bertawakkal kepada tuhan yang hidup selama-lamaynya. Semoga Engkau ya Allah hindari kami dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas sesuatu".

Apa sahaja yang berlaku, di mana-mana adalah dari ketentuan Allah SWT. Ia adalah ujian, atau bala yang memberi peringatan kepada manusia yang semakin lupa, akan tujuan hidup kita, di dunia fana ini.. Sejauhmana kita memenuhi tuntutan untuk menjadi HambaAllah sejati?, sejauhmana pula kita berperanan sebagai Khalifah Allah yang lestari?, sejauhmana pula kita berperanan membantu menegakkan agama/syariat Allah di permukaan bumi ini. Bagaimana pula peranan kita dalam amal makruf nahi mungkar dan berjihad ke jalan Allah ???. Manusia lupa akan adanya hidup abadi selepas mati. Sejauhmanakah persediaan kita membawa bekalan untuk mengembara menuju destinasi abadi?? Bersamalah kita berusaha untuk meningkatkan kualiti diri kita sebagai Hamba Allah. Semoga dipanjangkan umur kita untuk memasuki madrasah Ramadhan Al Mubarak 1430H ini... membersihkan hati dan roh ini.

Ahad, 2 Ogos 2009

Perkongsian Amalan Harian


Do not pump full tank of petrol

Many of us are not aware that the petrol kiosk pump has a return pipe-line (in Pink). When the petrol tank (in the car) reaches full level, there is a mechanism to trigger off the pump latch and at the same time a return-valve is opened (at the top of the pump station) to allow excess petrol to flow back into the sump. But the return petrol has already pass through the meter, meaning you are donating the petrol back to SHELL/CALTEX/MOBIL/ PETRONAS

Rabu, 29 Julai 2009

Doa Khas untuk Elliyyin.....yg kini sedang menghadapi peperiksaan MRCP2
















Doa memohon kejayaan di dalam peperiksaan











Talian Hayat dan hubungan roh sentiasa bersamamu Yin, dapat gambarkan keadaanmu, di dewan peperiksaan..ini doa khas untukmu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji-pujianbagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami khususnya Elliyyin yang kini sedang menghadapi peperiksaan dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.

Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.

Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta�wil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.

Ya Allah, terangilah cahaya pada hati Elliyyin dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepadanya dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Ya Allah, Keluarkanlah ia daripada kesamaran dan muliakanlah dia dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepadanya pintu-pintu ilmu, dan hiasilah dia dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah dia daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.