06 JUN 2009
Pengetua,
Maahad Tahfiz Negeri Pahang,
27020 Tanjung Lumpur,Kuantan.
Pahang Darul Makmur.
u.p Us. Lafzul bin Muda,Penolong Kanan HEM,
Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh.
Tuan:
Mohon Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit .
Semoga surat ini menemui tuan dalam keadaan rahmat dan kasih sayang Allah. Dengan hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas.
2. Terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak terima kasih atas usaha dan tanggung jawab yang begitu dedikasi para guru dan warden dalam membimbing dan mendidik anak saya ...................................... Kami berusyukur kerana anak saya diberi ruang dan peluang untuk mendapatkan pendidikan dan penempatan di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
3. Untuk makluman tuan, kami kedua ibu bapa maklum tentang larangan membawa telefon bimbit ke Maahad/sekolah. Namun begitu bagi kami yang duduk berjauhan dan tidak mampu untuk melawat anak setiap minggu atau sekerap mungkin seperti ibu bapa pelajar yang lain, telefon adalah medium yang paling sesuai untuk digunakan dalam mendekatkan hubungan antara keluarga dan anak mereka yang duduk berjauhan.
4. Kami mengakui, sebagai anak remaja yang sedang membesar, keegoan, meniru orang lain, kenakalan, helah bela diri yang tinggi dan mungkin salah laku yang lain yang kami tidak mengetahui, ada dilakukan oleh MM. Sehubungan dengan itu melaui telefonlah salah satu cara bagi kami untuk menegur, memarahi, menasihati, memotivasi malah mendenda beliau. Terima kasih juga kepada semua warden dan guru yang mendidik anak-anak didik, khususnya anak kami dalam membina syahsiah yang cemerlang di samping curahan ilmu duniawi dan ukhrawi yang berterusan.
5. Memandangkan beliau akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini, InsyaAllah, talian penghubung utama, untuk kami memantau beliau adalah melalui telefon. Kami faham penggunaannya adalah mengikut prosedur dan pada masa-masa terhad dan tertentu supaya tidak mengganggu.
Sekian dimaklumkan, sekali lagi saya memohon agar membenarkan anak kami membawa telefon, dengan penggunaan mematuhi prosedur. Namun begitu, kami pulangkan kepada pihak Maahad, mana yang terbaik, jika dengan adanya telefon itu membawa kemudharatan dan masalah kami akur dengan larangan tersebut. Kami mohon berbanyak-banyak maaf serta kerjasama pihak tuan didahulukan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan