Ahad, 28 Ogos 2011

Sabtu, 20 Ogos 2011

Ahad, 14 Ogos 2011

Khamis, 4 Ogos 2011

BERSAMA MEMBURU NATIJAH RAMADHAN



NATIJAH PUASA YANG BERJAYA IALAH LAILATUL QADAR - YANG ALLAH JANJIKAN LEBIH BAIK DARI 1000 BULAN?
Bagaimana untuk meraihnya???
Jika dianalogi dengan kejayaan dalam peperiksaan, natijah mereka yang berjaya ialah mereka yang berusaha bersungguh-sungguh belajar, mengulangkaji, membaca, latih tubi di samping berdoa...Impaknya dengan sijil kecemerlangan peperiksaan itulah yang menentukan kejayaan melanjutkan pelajaran dan mendapatkan kerjaya yang baik dengan mencerah atau membahagiakan kehidupan di dunia sepanjang hayat (65 - 90 tahun??) Insya Allah...

Pandangan Peribadi,...Kejayaan berpuasa Ramadhan yang hadiahnya LAILATUL QADAR sudah pasti InsyaAllah dengan:
1. Doa dan berhajat untuk memeperolehinya
2. Puasa sempurna yang diterima
3. Membaca, memahami, menghayati dan mengamal apa yang diperintah dan dilarang
dalam Al Quran
4. Lonjakan saujana berjual beli dengan Allah, melalui bersedekah, berzakat,
beramal kebajikan.
5. Amal maaruf nahi mungkar
6. Membantu menegakkan syariat Allah tertegak dan tersebar di muka bumi
7. Mendapat keampunan manusia dan Allah SWT

Selasa, 28 Jun 2011

Ahad, 5 Jun 2011

PANTAI MONICA VS PANTAI HATI







GELORA DI MONICA BAY/TELUK MAK NIK

Pantai Monica terus membisu @ membatu,
walau gelora ombak menerjah, menghempas,
malah mengikis seluruh maya mekanikalnya.

Kesian Pantai Monica, destinasi rehlah yang permai,
menjadi sasau, menjadi gundah, menjadi sepi dan sunyi
bila monson timur laut membantainya.
Gelodak monson, menggempur ombak dengan ganas,
memukul pantai dengan lahap dan gelojoh
tanpa belas, tanpa kesihan, tanpa perikemanusiaan.
Gedeburnya mengaum, memamah mangsa
sebagai pemusnah pantai, tanpa siapa peduli.

Pantai Monica semakin parah, semakin sakit,
Hamparan pasir bersih memutih
menjadi sempit akibat terhakis.
gelora ombak monson terus membadai
pantainya yang pasrah,
berubah mengikut fitrah.

Analogi apa terjadi di Pantai Monica
Begitulah parahnya pantai hati ini,
Masih bertahan dengan sabar dan pasrah
Walau begitu parah deraan perasaannya,
Walau begitu remuk gangguan emosinya
Walau begitu teruk godaman amarah menusuk kalbunya
Walau begitu tajam sindiran diterimanya
Walau begitu kerap kata dua celaka diajukan kepadanya
Walau begitu buruk tamparan cabaran dilontar kepadanya
Pantai hatinya tetap utuh menelusuri hidup,
Masih bergaya mencari redha Pencitpta maya
Kini pantai hati itu akan bermusafir ke rumah suci
mencari Mardhatillah, InsyaAllah.

Jumaat, 20 Mei 2011

IKRaR guru tadika Khalifah Bestari













Seorang guru, mendidik di mana sahaja
Setia bekerja, bukan ganjaran upah mewah
tanpa harap jenama gelar dan anugerah
pasti relaannya melaksana amanah
memberi ilmu tanpa jemu
tak kira masa, tenaga dan waktu
pencorak kehidupan penyambung dakwah
melangkah jauh terasa nyata
visi mendatang mudah terlaksana.
menjana citra seorang wira
dari huruf menjadi kata
dari jahil menjadi bijaksana
dari putih menjadi warna
Di saat buntu, dikaulah pembantu
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
Duhai guru-guru yang dikasihi
Terimalah kasih dan sayang kami
Lantaran berbudi tidak berperi
Untuk satu perjuangan hakiki
Natijah bernas dalil, jadi hujah
Anak didikmua, kini mampu berdikari.
Terima kasih guru
jasamu dikenang selalu
biarpun telah beranak berpinak bercucu.