Ahad, 27 Jun 2010

LUKA LAMA memang BERDARAH KEMBALI

SMS yang diterima berbunyi "Hati yang terluka, remuk, hancur luluh, tak mungkin pulih sampai bila-bila. Semangat pun kadang-kadang tak cukup. Banyak sangat air mata yang nak keluar" dapat dibayang dan dirasakan betapa beratnya bahu yang memikul. Betapa parahnya luka yang dihadapi, darahnya mengalir tanpa henti...begitu banyak sekali. Air mata yang tercurah mencurah tidak boleh berhenti akibat kesakitan yang amat teruk sekali...

Pagi itu...sebelum N dan anak-anaknya bertolak pulang, tercetus ungkapan dan harapan yang penuh bererti dan dramatis ditujukan kepada N..'semoga luka lama tidak berdarah kembali' Jawapan ringkasnya 'tiada apa-apalah'menyembunyikan segala kekusutan yang berlaku dalam rumahtangganya. Dalam hati ni macam-macam parasangka negatif ditujukan kepada adik ipar yang seorang ni..sangat luar biasa. Tidak suka balik kampung, tak suka bergaul dengan ahli-ahli yang lain. Nampak sungguh ego, dan tak mudah untuk bertoleransi!!. Mudah-mudahan tanggapan negatif itu, tidak berlaku kepada yang empunya diri yang berkenaan. Hanya doa semoga Allah memurnikan hati-hati ini sejernih embun pagi, sebening air di kali. Apa yang berlaku di sebaliknya, masih tidak berani untuk berkongsi di sini, sebelum fakta dapat dicari. Apa yang menghantui fikiran ini, ialah bibit-bibit orang ketiga yang mengacau rumah tangga mereka beberapa tahun lalu diimbau kembali. Kini, orang itu, adakah masih orang yang sama....sedang mencari jawapannya. Yang empunya diri..masih menyepi dan sukar untuk dihubungi, siapa senang untuk berkunjung ke Taman Kaya?? jomlah bersama.

SEMOGA LUKA LAMA TIDAK BERDARAH KEMBALI

CATATAN PERTAMA



Walimah HH mengumpukan keluargaku yang besar, amat syukur dan gembira kerana adik beradik ku yang ramai turut menyokong, memberi sumbangan dan membantu dalam semua aspek. Ibuku yang kurang sihat, begitu bertenaga, menyokong dan memberiku motivasi untuk menguruskan majlis dengan sempurna. Adinda eja walaupun tak kesampaian untuk turut serta semasa majlis dilangsungkan kerana berada jauh di perantauan, tetapi sokongan moral dan material kepadaku, sungguh syahdu dan terharu. Adinda IZI, yang begitu sebuk dengan hari-harinya yang begitu ketat dengan usaha bisnesnya, tidak ketinggalan sehari semalam untuk bersama keluarga ini.Syukur Alhamdulillah.Siapalah aku tanpa mereka. Mereka amat diperlukan dalam semua aspek untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini. Kita saling memerlukan dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Semoga begitulah, hari ini,esok dan selama-lamanya InsyaAllah.

Keluarga N yang berpindah makin jauh ke utara, berkorban untuk memenuhi kehendak suaminya bagi menjaga ayahnya yang uzur, bersusah payah memandu kereta sendiri bersama empat orang anaknya, untuk bersama keluarga besar ini meraikan majlis walimahtulurus HH. Malangnya, sisuami tidak ikut serta untuk meraikan majlis perkahwinan anak saudara mereka. Semua keluarga memaafkan beliau atau alasan yang rasional itu. Baiknya menantu emak yang sorang ni...amat perihatin dan kasih kepada ayahnya yang uzur...begitulah yang diceritakan. Hampir seminggu berlalu, cerita yang mengejutkan dan tanpa disangka didengari..oh! malangnya adikku n..Allah mahu menguji kesabaranmu, bertindaklah dengan sedar tanpa emosi. Pasrahlah Hanya Allah tempat kita mengadu dan minta pertolangan. Hanya pergantungan TUNTAS kepadaNYA. Bersabarlah. Madu itu amat manis untuk lelaki, tetapi amat pahit bagi wanita.Sampai hatimu D, buat N begitu!!! terlalu jauh untuk kami menjengahmu. Kami mengerti saat ini, N memerlukan sokongan moral yang padu dan utuh. Kami sentiasa bersamamu,

Sabtu, 17 April 2010

MENGGAPAI USAHA hanya dua bulan lagi



Tidak sedar, masa berlalu begitu cepat. Tarikh yang ditetapkan iaitu 18 Jun kian menghampiri. Entah kenapa kali ini agak relax, dan tak tau nak buat apa. terpinga-pinga seorang diri untuk memulakan fokus untuk melaksanakan tugasan yang disusun dalam senarai semak yang berjela panjangnya. Komitmen harian yang tidak berkesudahan, menyebabkan diri ini amat sibuk, sehingga hampir melupakan priority tugasan yang berjela. Memang dah kesuntukan masa, tetapi macamna nak mulakan..belum ada momentum. Belajar Bahasa Arab, meruntun masa agak banyak untuk buat kerja rumah..kalau tak bersedia, alamat masa belajar terpinga-pinga sendiri, cemburu pulan dengan rakan-rakan yang proaktif dan dengan mudah dapat menjawab soalan guru.Komitmen dengan Tadika dan Sekolah yang begitu banyak tanggungjawab yang perlu diselesai dan dilaksanakan. Tugasan berat untuk mengumpul dana 500k amat perlu juga dibuat untuk melabur saham abadi. Keadaan rumah pula walaupun agak 'terbiar' perlu juga diberiperhatian, kerana tanggungjawab 'hakiki'. Rutin itulah yang menyebabkan diri ini 'kononnya' amat sibuk.

Kad perkahwinan ini jadi bukti, bahawa senaarai semak tugasan perlu dibuat segera. Untuk makluman semua keluarga majlis akad, InsyaAllah akan dilakasanakan pada 18 hb Jun selepas Isya di rumah Desa. Tema warna malam tu warna merah pink. Manakala jamuan kesyukuran akan diadakan pada keesokkan harinya di Dewan Sri Siantan, putera Jaya, bermula pukul 12 - 4.00 petang dengan tema warna kelabu/silvar.Dijemput semua hadir keluarga2ku. Tadika TKB menjadi rumah tetamu, untuk penginapan sesiapa yang berminat.

Isnin, 29 Mac 2010

SELAMAT dilahirkan ke pentas fatamorgana DUNIA



Umur 40 jam dah pandai bye??





Umur 24 jam






Umur baru 12 jam









Alhamdulillah, cucu ke lapan selamat dilahirkan oleh ibunya Dr D. Selepas empat puteri Solehah dilahirkan, kini muncul putera Soleh. Semoga kehadiran mu di pentas fatamorgana dunia menjadi cahaya yang yang membawa REALITI untuk dunia sejahtera dan bahagia!!

Anak-anak umpama kain putih. Ibu bapa adalah pencoraknya. Apabila anak-anak dewasa, mereka akan cuba mengubah atau menokok tambah corak yang telah dilakarkan. Jika corak yang dilukis sedari awal oleh ibu bapa merupakan corak kelekaan, maka apabila si anak dewasa, corak kelekaan itu akan merugikan anak-anak kecuali anak tersebut bijak berfikir dan mencorakkan sendiri kehidupan mereka dengan corak yang bermakna. Membentuk manusia bukan dengan menghantarnya ke sekolah semata-mata. Setinggi atau selama mana manusia bersekolah, tidak akan mampu mengubah sikap buruknya jika akar umbinya iaitu iman tidak ditanam sedari kecil. Malah sedari awal pembentukan manusia di dalam rahim ibu, manusia di sekelilingnya terutama ibu bapanya harus mencorak diri mereka dengan corak yang bermakna disulami dengan iman dan akal yang utuh. Dengan demikian, generasi yang terlahir dan membesar kelak adalah generasi yang bermakna dan bermanfaat untuk bangsanya dan agamanya.

SELAMAT dilahirkan ke pentas fatamorgana DUNIA

Ahad, 14 Mac 2010