Sabtu, 17 April 2010

MENGGAPAI USAHA hanya dua bulan lagi



Tidak sedar, masa berlalu begitu cepat. Tarikh yang ditetapkan iaitu 18 Jun kian menghampiri. Entah kenapa kali ini agak relax, dan tak tau nak buat apa. terpinga-pinga seorang diri untuk memulakan fokus untuk melaksanakan tugasan yang disusun dalam senarai semak yang berjela panjangnya. Komitmen harian yang tidak berkesudahan, menyebabkan diri ini amat sibuk, sehingga hampir melupakan priority tugasan yang berjela. Memang dah kesuntukan masa, tetapi macamna nak mulakan..belum ada momentum. Belajar Bahasa Arab, meruntun masa agak banyak untuk buat kerja rumah..kalau tak bersedia, alamat masa belajar terpinga-pinga sendiri, cemburu pulan dengan rakan-rakan yang proaktif dan dengan mudah dapat menjawab soalan guru.Komitmen dengan Tadika dan Sekolah yang begitu banyak tanggungjawab yang perlu diselesai dan dilaksanakan. Tugasan berat untuk mengumpul dana 500k amat perlu juga dibuat untuk melabur saham abadi. Keadaan rumah pula walaupun agak 'terbiar' perlu juga diberiperhatian, kerana tanggungjawab 'hakiki'. Rutin itulah yang menyebabkan diri ini 'kononnya' amat sibuk.

Kad perkahwinan ini jadi bukti, bahawa senaarai semak tugasan perlu dibuat segera. Untuk makluman semua keluarga majlis akad, InsyaAllah akan dilakasanakan pada 18 hb Jun selepas Isya di rumah Desa. Tema warna malam tu warna merah pink. Manakala jamuan kesyukuran akan diadakan pada keesokkan harinya di Dewan Sri Siantan, putera Jaya, bermula pukul 12 - 4.00 petang dengan tema warna kelabu/silvar.Dijemput semua hadir keluarga2ku. Tadika TKB menjadi rumah tetamu, untuk penginapan sesiapa yang berminat.

Isnin, 29 Mac 2010

SELAMAT dilahirkan ke pentas fatamorgana DUNIA



Umur 40 jam dah pandai bye??





Umur 24 jam






Umur baru 12 jam









Alhamdulillah, cucu ke lapan selamat dilahirkan oleh ibunya Dr D. Selepas empat puteri Solehah dilahirkan, kini muncul putera Soleh. Semoga kehadiran mu di pentas fatamorgana dunia menjadi cahaya yang yang membawa REALITI untuk dunia sejahtera dan bahagia!!

Anak-anak umpama kain putih. Ibu bapa adalah pencoraknya. Apabila anak-anak dewasa, mereka akan cuba mengubah atau menokok tambah corak yang telah dilakarkan. Jika corak yang dilukis sedari awal oleh ibu bapa merupakan corak kelekaan, maka apabila si anak dewasa, corak kelekaan itu akan merugikan anak-anak kecuali anak tersebut bijak berfikir dan mencorakkan sendiri kehidupan mereka dengan corak yang bermakna. Membentuk manusia bukan dengan menghantarnya ke sekolah semata-mata. Setinggi atau selama mana manusia bersekolah, tidak akan mampu mengubah sikap buruknya jika akar umbinya iaitu iman tidak ditanam sedari kecil. Malah sedari awal pembentukan manusia di dalam rahim ibu, manusia di sekelilingnya terutama ibu bapanya harus mencorak diri mereka dengan corak yang bermakna disulami dengan iman dan akal yang utuh. Dengan demikian, generasi yang terlahir dan membesar kelak adalah generasi yang bermakna dan bermanfaat untuk bangsanya dan agamanya.

SELAMAT dilahirkan ke pentas fatamorgana DUNIA

Ahad, 14 Mac 2010

Sabtu, 13 Mac 2010

Dedikasi DOA utk HJ naim dimakbulkan

 
Posted by Picasa


Hj M dah boleh jadi Imam Solat...semoga hafiz Al Quran jadi kenyataan..


Tiada gambaran rasa syukur untuk dilukiskan, tiada syahdu kata-kata indah untuk diluahkan, tiada senyum melebar untuk dihadiahkan, sekadar sujud syukur kepadaMU yang Maha Pengasih dan Penyayang atas segala nikmat dan hidayah yang Engkau limpahkan kepada hambaMu yang serba dhoif dan kekurangan. Doa kejayaan peperiksaan SPM yang cemerlang yang diharapkan dengan usaha sedikit M dimakbulkan...Alhamdulillah.

Selepas SPM, Langkah M bermula untuk meneruskan perjuangan untuk menjadi Hamba Allah dan Khalifah yang soleh wa mosleh bermula dalam arus perdana. Diharap M terus belajar dan belajar untuk terjun dalam masyarakat yang penuh dengan dugaan dan cubaan. Segala kelemahan dan amalan kelekaan perlulah dielakkan untuk melaksanakan tanggungjawab amal maaruf dan nahi mungkar. Pastikan sentiasa berada dalam lingkungan biah soleh dan dalam majlis ilmu untuk meningkatkan kualiti dan perisai diri untuk berada di JalanNYA yang Lurus. Semoga hidup kita bahagia dan sejahtera di dunia dan akhirat.

TAHNIAH DAN SYABAS ATAS KEJAYAAN SPM M YANG CEMERLANG.
 
Posted by Picasa

Hj M...game komputer tak lepas peluang bila pulang ke rumah.