Rabu, 22 April 2009
Khamis, 9 April 2009
PANDUAN MEMILIH PEMIMPIN
8.Mengundi mempunyai kaitan rapat dengan Akhirat dan tanggungjawab umat Islam dalam memilih pemimpin, Dato'Harun Din jelaskan?.....
Mengundi adalah memilih pemimpin. Bagi pemimpin Islam, ianya tidak habis di dunia sahaja malah akan dipertimbangkan dan dipertanggungjawab oleh Allah sampai kiamat.Sehingga di kiamat ada satu episod dalam surah dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 berikut ;
"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
"Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! "
Ayat di atas jelas beri isyarat kepada persoalan memilih pemimpin kerana itulah kita mesti sentiasa berdoa.
"Ya-Allah, jadikanlah kepada kami, orang yang mengikut pemimpin-pemimpin yang bertaqwa."
Bagi kes ini, kita mesti pilih yang pentingkan perjuangan dunia dan akhirat.
(Sebarang kritikan dan pandangan, bolehlah dimajukan ke azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) _

Kartoon pilihan untuk kenangan ..gambaran tersirat

Cheff yang pandai masak.....dalam keluargani orang yang paling teror memasak, merasa makanan semaada diadun seimbang atau sebaliknya, siapa lagi kalau bukan profK. Ada sahaja yang tak kena pada seleranya, jika ia menjamah makanan yang dihidangkan!!! BERSYUKURLAH terhadap apa saja rezeki di depan mata.
Khamis, 2 April 2009
Isnin, 30 Mac 2009
FORUM KELUARGA ...NILAI RUMAH
cuba beri pendapat dan pandangan agak-agak nilai rumah Indera Mahkota berapa NILAINYA SEKARANG????
1. tahun 1995 beli tanah tapak rumah14,000 kaki persegi = RM 82,000.00
2. tahun 1997 bina rumah dengan kos berikut=
a.Pinjaman RM 120,000 + pembayaran 10 tahun RM 193,079.72
b.Tambahan kos bina (drp) KWSP RM 50,000.00
c.Insuran perlu bayar -Syarat kerajaan RM 7,000.00
d.Kos Arkitek RM 4,500.00
e.Kos Guaman -Kontraktor & Kerajaan RM 2,500.00
f.Tembok batu RM 20,000.00
g.Timbun Tanah keliling RM 6,000.00
h.Runcit - grill @pengurusan RM 8,000.00
JUMLAH RM 291,079.72
JUMLAH BESAR - KIRA-KIRA RM 373,079.72

Ahad, 29 Mac 2009
PUSPAWASIH -- BANYAKNYA TENAGA YANG MEMBANTU
Isnin, 23 Mac 2009
wanita solehah

Wanita Solehah…
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak
permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam
ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita
hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah atas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Langgan:
Catatan (Atom)