Ahad, 8 Januari 2012

BERLUMBA MEREBUT PAHALA TANPA BATAS

Hamparan bumi yang luas ini, adalah gedung untuk mengumpul bekal PAHALA sebanyak-banyaknya. Marilah berlumba-lumba untuk mengumpul sebanyak-banyak KEBAJIKAN dengan pelbagai sumbangan sama ada dari segi masa, tenaga, idea kepakaran mahupun material.

Sabtu, 17 Disember 2011

MENDAMBA KASIH SAYANG



Janji Pasti...Kasih Sayang yang bekekalan antara insan

adalah dengan beriman kepada Allah SWT

dan beramal Salleh semata-mata kerana Allah jua.

Allah sahaja yang berkuasa meletakkan rasa kasih sayang itu

kepada semua makhluknya. Dambalah kasih sayang sesama insan

dengan terlebih dahulu menjual kasih sayang kita kepada Allah SWT

Rabu, 12 Oktober 2011

PERSONALITI MUSLIMAH

Bertudung menyerlahkan personaliti muslimah:
Bersungguh dalam bekerjaya
Berkaliber menyantuni amanah
Beristiqamah dalam beribadah
Berdedikasi dalam beramal
Berkarisma membuat keputusan
Berpekerti murni,Berbudi tinggi
Berketerampilan dalam pimpinan
Berpenampilan Kemas dan bersih
Tegas dalam kelembutan
Mesra dalam berukhuwah
Mendidik dalam berdakwah


Merubah DIRI menuju JALAN-NYA yang LURUS

Marilah berusaha merubah diri..menjadi Muslim Sejati dengan mencari ilmu ILAHI dan beramal dengannya...mendapatkan limpahan hidayahNYA dengan berdoa dan muasabah diri..

Firman Allah SWT dalam surah Al-Mu'min ayat 60 bermaksud: "Berdoalah kepadaKU, nescaya Ku perkenankan doa kamu".
Surah al-Baqarah ayat 186:- "Aku perkenankan doa orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu".
Nabi Muhammad s.a.w juga ada mengatakan bahawa: "Doa adalah otak ibadat, doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama, Nur dilangit dan dibumi".

Isnin, 10 Oktober 2011

Bersama Buku Mukjizat

Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
Buku Mujikzat ini mendamaikan..
Jangan kesampingkan
Penyuluh jalan mustaqim
Bersama membaca,memahami dan mengamalnya

Sabtu, 8 Oktober 2011

Syukur ....Nyawa masih diberi pinjam di jasad ini


APAKAH BEKALKU UNTUK MENUJU DESTINASI ABADI??????