Khamis, 28 April 2011

BOLEHKAH KU CARI MEREKA?


Bolehkah ku cari mereka begini?

Sebelum diseru, dia sudah turun,
Sebelum dipanggil dia sudah datang.

Sebelum disuruh,dia sudah pergi,
Sebelum diminta,dia sudah memberi.

Sebelum ditarik, dia sudah ikut,
Sebelum ditolak, dia sudah maju.

Sebelum diajar,dia sudah pandai,
Sebelum diarah, kerja sudah dilakukan.

Dapatkah pewaris penggerak amal jamaie seperti ini????

Isnin, 28 Mac 2011

PELUANG MENGUMPUL BEKAL


HARGA PENGORBANAN
(dedikasi untuk moyang tok)

Perjuangan tokma tiada penghujungnya,
Sementara masih upaya dan bertenaga
selagi masih ada hayat dikandung badan.
Tokma, perlu merebut peluang
Peluang mengumpul bekal
Peluang berebut amal
Peluang menabur bakti
Peluang mensuci diri & hati
Peluang melabur saham ibadat
Peluang ikut jalan berkat
Peluang meneroka akhirat .

Hanya moyang tok, seiring sejalan,
perihatin dan memahami,
Yang sentiasa simpati dan empati
Mendorong dan menyokong,
Bukan ada bulanan beribu ringgit
Untuk menyara hidup pun perit
Tetapi yang ada sedikit, itulah yang diberi
Sanggup hadir ke majlis yang diatur….
Walaupun tinggal jauh beratus kilometer.

kenapa ummi wa abi
Pendapatan beribu ringgit
Alhamdulillah, mudah untuk sara hidup
Tinggal menetap bukan sehari perjalanan
Bermacam dalih dan helah
Malah tidak pandang, jauh sekali untuk ambil peluang
Berjual beli dan berniaga yang hakiki dengan Pencipta
Yang akan memberi keuntungan dan ganjaran, berlipat ganda.
Tidak terbayang oleh mata, tidak tergambar dalam minda kepala..
Tetapi itulah yang DILUPA…

Ahad, 20 Februari 2011

NBU - membugar AMANAH dan UKHUWAH


Hujung minggu di Nur Bukit Unggul
Lokasi 'Kem Amanah Ukhuwah'
KHAS untuk warga sekolah
Pelaburannya bukan murah,
Natijah 'TEMAnya diharap tercurah.

Mengah dan susah payah urusetia, diiringi doa
Di malam qiam, bersyahdu bermuhajadah
Untuk diri, inginkan rahmah wa mawaddah
untuk mereka mengharapkan memberi seqah,
mendidik generasi soleh wa musleh
matlamat rabbaniah semoga terarah.

Slot 'taaruf' memecah benteng berpasukan
Slot LDK mengerat kerja sepasukan
Slot 'explorace' menyelesai kebuntuan
Slot 'jungle tracking' menyusun kesatuan
Slot 'apresiasi seni' menyerlah perpaduan.

Tarbiyah SAAB di tangan muallim muallimah
Menitip ilmu @ kemahiran perlu berhikmah
Pelbagai kaedah @ pedagogi perlu diolah
Sebagai model ikutan atau qudwah hasanah
'SEMARAKKAN UKHUWAH UNTUK MEMIKUL AMANAH.

Rabu, 16 Februari 2011

Ya HABIBI ya RASULLALLAH


Selawat dan salam ya Rasul
membawa risalah untuk seluruh alam
menjelaskan al Qalam

Menjanjikan kebahgian duniawi ukhrawi
dengan syarat jihad diri
dengan syarat Allah diabdi
dengan syarat dilaksana syariat
dengan syarat jundullah dicari.

Cinta risalah mu penyuluh jalan
cinta ajaran mu penenang hati
cinta kesulitan mu penyembuh duka
cinta kepayahan mu melega kekusutan
cinta uzlah mu penyeri sepi
cinta juadah mu penyihat sakit
cinta perjuangan mu, memudahkan muamalat
cinta nasihat mu menyuburkan kebajikan
cinta kepahlawanan mu penyegar jasmani
cinta dakwah mu membugar amal makruf nahi mungkar.

Selawat salam kepada mu, ya habibi ya rasul
u`thini asyafaatuka liljannah

Rabu, 2 Februari 2011

JIMNY - kau DIMILIKI


31 Januari 2011....pinangan utk JIMNY diterima...walaupun buruk tapi berkenan.








Yang buruk boleh jadi molek dengan tempelan makeup








Tenaga enjen tak power..boleh tukar dengan power baru.






Makeup baru - power baru...nah bergaya.




Boleh bawa ke sana ke mari, terutam ke kebun berhutan.




Jangan orang lain jadi mangsa sudahlah.....

Jumaat, 28 Januari 2011

MAJLIS AMAL SUMBANGSIH

Sabtu, 22 Januari 2011

JIMNY OH JIMNY


Jimny oh jimny
Kau diimpi dan dimimpi
Dicari dan diselidiki
Masih bersembunyi
Engkau akan jadi teman sejati?
Tetapi hatiku amat benci!!!

Tiba-tiba namamu menjelma
Hati yang benci diheret bersama
Untuk menemuaimu yang dirindu
Keranamu jimny aku terkedu
keranamu jimny aku pilu
keranamu jimy aku mungkin berlalu

Jimny oh jimny
Setiap kali bersamamu
Pasti aku yang ketiga
pasti juga aku entah ke mana
Jadi peneman atau sebaliknya
Tidak kira hujan dan becak
Kau yang disayangi pasti dibawa ke destinasinya
Sebaliknya aku pasti lebih parah
Aku tidak suka beruzlah
Di belantara hijau yang nampaknya damai!!
Aku lebih suka bermuamalah
beramal jariah bersama kawan yang ramai!!