Sabtu, 4 Julai 2009

VITEX untuk darah tinggi

Walaupun usianya telah menjangkau 62 tahun tetapi dia masih sihat disamping pengamalan ubatan herba HPA. Menceritakan kesah silamnya , puan Zaitun yang dahulunya mengidap penyakit darah tinggi dengan bacaan 190/80 selama 10 tahun lamanya namun ia tetap percaya suatu hari nanti dia tidak perlukan lagi ubatan kimia yang terpaksa ditelanya sehari hari.

Ini benar-benar terjadi,pengambilan ubatan kimia tidak mengubah tekanan darah tingginya selama ini tiba tiba menjadi normal sesudah mengamalkan ubatan herba. HPA Keyakinan inilah yang ingin beliau kongsikan agar pengalaman lampaunya mengamalkan ubatan kimia sejak 1996 sampai 2006 tidak berulang pada orang lain.

Beliau tersenyum yakin dengan formula mudah ubatan herba HPA iaitu pelawas,tuju angin dan teh herba. Selepas beberapa lama beliau terus mengamalkan Vitex,vco dan omega 3 dan ubatan kimia ditinggalkan sedikit demi sedikit. Kini sudah 2 tahun beliau tidak lagi mengambil ubatan kimia dan tekanan darahnya kembali normal iaitu 130/80. Testimoni ini diasampaikan oleh beliau sendiri dalam program KPJ keluang 2/6/09 yang lalu.

KOPI & Kapsul Radik

Mencantumkan tulang2 yang pecah...MasyaAllah

Namanya Mohd Yunus dari Parit Raja, Batu Pahat Johor telah mengalami kemalangan pada tahun 2004. Akibat kemalangan tersebut tulang lututnya telah hancur dan remuk dan doktor mencadangkan supaya membuat pembedahan namun tidak dapat berjanji untuk mampu mengatasi masalah tulangnya telah hancur.

Oleh kerana itu bagi mohd Yunus dia terpaksa mengambil pilihan berani iaitu tidak melakukan sebarang pembedahan. 6 bulan dia berhempas pulas dengan kesakitan dirumahnya namun bagitu amalanya setiap masa ialah kopi Radix dan kapsul radix di samping menyapu dengan minyak but but. Kini tulang-tulangnya bercantum semula dengan izin Allah.

Tetimoni daripada

Posted by JawiHerbShop at 6:15 PM

Isnin, 29 Jun 2009

LIKU-LIKU AMAL SUMBANGSIH


Saban siang yang mencabar,
berusaha tanpa jemu dan lelah
Kulerai belenggu nafsu memancar kilauan mujahadah
Saban malam yang panjang,
bertafakur di sunyi ruang
Kuintai jendela sufiah
mencari sinar hidayah
Saban waktu yang berlalu bersyukur ke hadrat-Mu
Kucantas sulur mazmumah menyerlah pucuk keinsafan

Bukti kesungguhan, keinsafan dan Keagungan-MU
Bersama sebeban kesulitan diikat rapi di belakang usia
Menggalas tanggungjawab dan pengorbanan di pentas realiti,
Mengharap ehsan insan untuk mengerti dan berkongsi

Awalnya sukar dan mengah
umpama mengumpul embun sebelum terbit matahari.
umpama menghitung helai daun pada pohon yang rimbun.
umpama pencarian sebutir mutiara dalam lautan yang dalam.
umpama mendaki gunung setinggi langit.

Natijah keberhasilan, kita melutut kesyukuran,
terserlah kedhaifan, kita abdikan diri mencari restu & redha Ilahi
Kita tenggelamkan keegoan, menyerlahkan keikhlasan
Cantas wajah suram, ganti seri cahaya memancar indah menghias,

Menghimpun tanggungjawab, kebersamaan dan permuafakatan,
Bersama melaksana amanah yang perlu ditunaikan.
Menggalas halatuju bersama,
mendidik generasi Rabbani
Hanya Allah Rabbul Alamin Maha Mengetahui & Memberi

Khamis, 25 Jun 2009

Warna warni kehidupan

Isnin, 22 Jun 2009

Pencarian ILMU sepanjang HAYAT



HPA menawarkan pelbagai pendedahan tentang rahsia alam, begitu juga pelbagai cara pengubatan atau penyebuhan mengikut Al Quran dan As sunah. Manafaatkan hidup untuk hidup sihat, segar dan sejahtera untuk membantu diri jadi Khalifah dibumi.

Program Bijak Memilih - di PUSPAWASIH



Pertama kali memberi taklimat kepada muslimat...potensi pengguna produk HPA di Intan Puspawasih pada April 2009, Kini Baru Hampir dua bulan Puspawasih bergerak dengan bertatih. Semoga Puspawasih dapat terus subur berkembang...usahawn baru, baru mula bertatih. Semoga Ali-Intan sabar menyahut cabaran, perlu berusaha gigih untuk memperkembangkan Puspawasih