Jumaat, 20 Mei 2011

IKRaR guru tadika Khalifah Bestari













Seorang guru, mendidik di mana sahaja
Setia bekerja, bukan ganjaran upah mewah
tanpa harap jenama gelar dan anugerah
pasti relaannya melaksana amanah
memberi ilmu tanpa jemu
tak kira masa, tenaga dan waktu
pencorak kehidupan penyambung dakwah
melangkah jauh terasa nyata
visi mendatang mudah terlaksana.
menjana citra seorang wira
dari huruf menjadi kata
dari jahil menjadi bijaksana
dari putih menjadi warna
Di saat buntu, dikaulah pembantu
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
Duhai guru-guru yang dikasihi
Terimalah kasih dan sayang kami
Lantaran berbudi tidak berperi
Untuk satu perjuangan hakiki
Natijah bernas dalil, jadi hujah
Anak didikmua, kini mampu berdikari.
Terima kasih guru
jasamu dikenang selalu
biarpun telah beranak berpinak bercucu.

NOTALGIA Perjuangan MASMA



Dedikasi khas untuk urusetia MASMA
Yang mempengerusikan mensyuarat
Yang mengarahkan tindakan

Yang menetapkan lokasi strategi
Yang mahukan duduk selesa

Yang memastikan operasi lancar
Yang meletakkan agenda tepat waktu

Yang memastikan persembahan bersemi
Yang mahukan penyampaian menyentuh hati

Yang mempromosi seranta pelusuk negeri
Yang gigih berusaha agar kantung diisi

Yang mengarang agenda majlis sensasi
Yang mengatur protokol serasi dipenuhi

Yang memesan juadah santapan
Yang mencari tajaan jualan & iklan

Yang menyedia buku & montaj bingkisan
Yang merekod & mencatat dokumentasi ingatan

Yang menempah & menyusun peralatan
Yang membayar sewaan dan perkhidmatan

Yang menyokong dan menyumbang
Yang bertemu dan yang khusus datang

Terima kasih kerana bersusah payah
Hanya Allah membalas dan memberi barakah, InsyaAllah

Isnin, 2 Mei 2011

MASMA BERAKHIR - IMARAH MUSOLLA PERLU DIFIKIR



ANTARA KOMENTAR MENGENAI MASMA
From: halimahh@yahoo.com
Sender: pibg_siab@yahoogroups.com
Date: Sat, 30 Apr 2011 22:20:21 -0700 (PDT)
To: PIBG SRIAB
ReplyTo: pibg_siab@yahoogroups.com
Subject: [pibg_siab] Berlabuhnya Tirai MASMA 2011
“Tanpa sokongan dari AJK, sukarelawan MASMA, warga Al-Amin, penyumbang, tetamu dan semua pihak, saya tidak akan mampu melakukan apa yang kita lihat hari ini. Moga segala usaha dan mujahadah kita diredhai dan dirahmati Allah swt. Jazakumullahu khairan kathira dan tahniah kepada semua, Ameen”. ( Ir Zairulshafuddin bin Zainal Abidin, Pengarah Bersama MASMA / Pengarah Negara Islamic Relief Malaysia)
“Semoga Allah memberkati segala usaha ini”. (Dr Badrol bin Ahmad, Pengarah Bersama MASMA / YDP PIBG Sri Al-Amin Bangi)
“Saya kagum di atas kesungguhan semua. Semoga amal diterima Allah, berpanjangan ke akhir hayat”. (Hj Muhamad Ridzuan bin Jaafar, Timbalan Pengarah MASMA /Pengerusi Lembaga Pengelola Sri Al-Amin Bangi)
Alhamdulillah, Majlis Amal Sumbangsih Musolla Sri Al-Amin Bangi (MASMA) telah dapat disempurnakan pada 30 April 2011. Event Manager, En Juhari Hassan berkali-kali memperingatkan AJK peri pentingnya kami memulakan acara tepat pada masa yang ditetapkan pada 9.14 pagi.
Selepas kata-kata aluan bersemangat Pengarah Bersama MASMA, Ir Zairulshafuddin, penonton disajikan dengan persembahan angklung murid-murid Sekolah Rendah. Alunan bambu diiringi oleh keyboard memukau penonton dengan lagu-lagu Ya Nabi, Soleram dan Ayam Den Lopeh. Semangat anak-anak ini dirasai sejak raptai petang sebelumnya. “Saya tak sabar nak buat persembahan esok!” Tidak mengenal penat walaupun raptai berlanjutan ke malam hari.
Alumni Sri Al-Amin (FASA) mempersembahkan dua buah lagu “Indahnya Hidup ini” dan “Magic”. Lagu “Magic” ciptaan mereka sendiri menggambarkan keajaiban qiyamulail. Memang seronok melihat ramai ahli FASA kembali untuk menabur bakti.
MASMA bukan sahaja diisi dengan persembahan halwa telinga tetapi turut diisi dengan santapan minda dan rohani. Pengisian bersemangat oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif, menyuntik semangat untuk semua pihak terus menggembeling tenaga agar mengembalikan Islam ke tempatnya yang tertinggi. Pengisian beliau padat dengan motivasi untuk hadirin terus bersedeqah dan menginfakkan sebahagian rezeqi yang diberikan Allah swt. Salah satunya ialah doa yang diajarkan oleh Imam Shafie yang mafhumnya, “Semoga Allah mengganjari apa yang anda berikan dan menjadikannya pembersih (penyuci/pengubat) buatmu dan semoga diberkati apa yang masih anda simpan.”
Persembahan diteruskan dengan persembahan mantap artis professional iaitu Muaz dan Saff-One yang tidak asing lagi di persada nasyid tanah air. Turut mencuri tumpuan hadirin ialah persembahan Dikir Barat oleh pelajar-pelajar lelaki Tingkatan 4. Penggembelingan elemen dikir barat Kelantan dan gerak badan Aceh yang cergas dan tangkas memberi kelainan yang begitu unik. Gerak badan yang tangkas serasi dengan jiwa rijal remaja Al-Amin.
MASMA yang diakhiri meriah dengan nasyid beramai-ramai artis jemputan dan artis pelajar Sekolah Menengah dan murid Sekolah Rendah ditutup dengan doa syahdu yang dipimpin oleh Muallim Imaduddin.
Ramai yang menyumbang samada wang ringgit, masa dan tenaga untuk menjayakan MASMA 2011 ini. Selain yang bergerak di hadapan, ramai “unsung heroes dan heroines” di sebalik kejayaan MASMA ini. Yang pasti, setiap amal mereka dicatit di catatan mulia oleh malaikat kiraman katibin.

Di dalam kekaguman saya terhadap kegigihan semua , semangat dan dedikasi seorang insan ini sentiasa menjadi inspirasi buat saya. Seusai MASMA, saya mendengar dia berkata “InsyaAllah projek besar kita selepas ini membangunkan Maahad Tahfiz Sri Al-Amin pula”. Jika Malam Amal Sumbangsih Putrajaya dahulu pada 2009, MASMA pada 2011, InsyaAllah projek seterusnya pada 2013 nanti.

Terdidik di sini imam dan muezzin
Huffaz dan dai’e muda remaja
Musolla berdiri mercu Al-Amin
Beramal jamaie mencari redhaNya

Mohon maaf di atas salah silap. Sekadar coretan untuk perkongsian.
Assalamu`alaykum,

Komen Pengarah :Alhamdulillah thummalhamdulillah. Segala Puji-Pujian dipanjatkan buat ALlah SWT, Selawat dan Salam kita tujukan buat Ar Rasul s.a.w., ahli keluarga & para sahabah r.a.
1. JZKK, terima kasih & Thank you.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinanNya jua, MASMA telah dapat dilaksanakan dengan jayanya, Alhamdulillah.

Sekali lagi, sebagai Pengarah Bersama MASMA, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih yang tiada terhingga kepada semua AJK, JK kecil, sukarelawan, warga AlAmin Bangi (Ahli Lembaga, PIBG, Muallim, Muallimah, pembimbing sukarelawan, anak-anak, kakitangan pejabat & kantin dll) dan sesiapa sahaja yang kemungkinan saya terlepas pandang yang sudahpun bersusah payah, bermujahadah untuk memastikan persiapan yg jitu dan lancar sepanjang majlis.

Semoga setiap titik dari peluhan anda, setiap usaha anda, tidak kira sebesar mana sekalipun, terus diberkati, diredhai, dirahmati dan diterima oleh ALlah SWT sebagai sebahagian dari amal soleh dan bekalan akhirat semua, Ameen.