Sabtu, 27 Februari 2010

NOSTALGIA di Kampung PANTAI


Kampung tempat lahir, tempat yang banyak sekali boleh dicatatkan anekdot semasa awal kehidupan ini, sebelum terpaksa keluar kampung untuk mencari ilmu selepas menamatkan persekolahan sekolah rendah.

Alhamdulillah ibu bapa masih ada dan hidup sihat sejahtera. Foto ini memaparkan ayahanda Tuan Haji Syed Agil yang berehat sebentar selepas berkebun di belakang rumah beliau. Badannya yang fit, berumur dalam lingkungan 85 tahun, masih rajin dengan aktiviti berkebun untuk mengeluarkan peluh katanya.

Kebun pisang dan buah-buahan di belakang rumah terang benderang...menunggu cucu-cucu - cicit-cicit untuk bermain. Betapa sunyinya suami isteri ini tinggal berdua-duaan. Amat gembira bila anak-anak, cucu cicit menjengah Kampung Pantai yang permai ini.

Gelagat reptilia bernama biawak ini, yang difotokan semasa balik kampung semasa cuti tahun baru cina yang lepas dapat menggambarkan beberapa cerita. Tentu sekali cucu cicit bergembira kerana di keliling rumah atok/moyang ada "ZOO"

Jumaat, 19 Februari 2010

Bermusafir hujung minggu di Sg Petani



Pilihan tempat penginapan antara Hotel El-Zaharaa dgn Park Avenue

Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bercirikan Islamik yang berkonsepkan TimurTengah. El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran. Hotel Park Aven...jenis suite agak selesa dengan ruang tamunya yang luas, dua bilik air
yang begitu lapang seperti sebuah bilik besar, tetapi dihidangkan dengan lagu-lagu berirama sentimental dan mengasyikan. Ada petunjuk arah kiblat disediakan tetapi
tanpa sejadah dan Al Quran seperti di El Zaharaa Hotel(HPA).Mana pilihan
kita? tepuk dada tanya Iman.